Tak sangka sungguh berpeluang menyampaikan puisi nukilan sendiri di hadapan beribu penonton. Walaupun tak ramai yang kenal Qisy, tapi Qisy rasa sangat gembira. Seronoknya kalau istiadat konvo tu, konvo sendiri..Mesti umi boleh tengok..Ini kali pertama Qisy tengok majlis konvokesyen KPM..Rasa bertuah. Bila MC umumkan pelajar keseluruhan anugerah Mara, rasa jeles dan sangat bersemangat untuk jadi seperti pelajar tersebut. Hati berbunga sepanjang program sehinggalah sekarang nih..
Memori bekerjasama dengan pelajar bukan batch sendiri juga memberi kenangan manis. Dapat kenal dengan senior final sem iaitu Asri, student first sem iaitu Wafi dan Amir,serta budak nasyid. Dulu kalau terserempak memang lah tak kenal..Tapi bila dah bekerja, rasa macam family. Sebelum kenal, first impression kat diorang lain, but dah kenal jadi lain pulak..huhu..Tak lupa jugak kat dua orang lagi performer puisi, Syera and Ude my best friends..Dina tak join kali nih..Memang kenangan yang terindah..sweet!
Inilah the best experience, sebab kami dibayar untuk buat performance tuh..Tapi terus terang, kitorang tak tahu pon dapat bayaran..Sudahlah dapat tengok majlis walaupun takde family yang terlibat..Sangat memberi inspirasi untuk Qisy improve diri..Do not be riak or takbur or sombong..Bak kata Usman Awang, merendah bukan menyembah..Anyway best..Alhamdulillah dapat baju baru..Huhu..
Qisy akan sentiasa cuba untuk jadi insan yang sederhana tapi cemerlang..Biarlah akhirat yang lebih ya..InsyaAllah..
Baiklah..Itu sahaja untuk post kali nih..