Sunday, October 26, 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih bernafas kerana Allah s.w.t sehingga hari ini. Kini, Qisy berada di bumi Allah yang indah lagi damai. Tanggal 29 September 2014, Qisy telah menjejakkan kaki di United Kingdom(UK) bagi meneruskan pengajian di Universiti of the West of England. Bahagia kerana impian kecilku tercapai kini. Tapi...Ingat! Perjuangan baru sahaja bermula. Jangan nak happy sangat Qisy. Huhu..

Pelbagai ujian terpaksa dihadapi sebelum Qisy akhirnya berada di sini. Namun, thankz to Allah I was destined to meet a new sweet family in Bristol. Bukan keluarga angkat yer kawan-kawan tapi housemates yang sangatlah memahami. I love them for the sake of Allah. FYI, Qisy tinggal bersama beberapa pelajar lelaki dari Malaysia. Hanya Qisy dan Durah girls in the house. OMG! Itu pasti terpacul dari mulut you all..Hmm..Hanya insan-insan yang rapat dengan Qisy tahu cerita disebalik tabir.

However, disebabkan kerana batasan pergaulan sebagai Muslimah, Qisy memang kurang berkomunikasi dengan mereka. Tambahan Qisy memang dikurniakan perasaan malu bila berhadapan kaum Adam ini. Terutama yang sebaya dan ke atas. Tapi Qisy memang akan kawal or cover bila ada urusan rasmi yang melibatkan komunikasi dua-hala dengan kaum Adam. I am a Muslim and Innsha Allah akan kekal sebagai Muslim sehingga ke syurga. Aminn.. Maka, batasan itu akan Qisy jaga sebaiknya. Innsha Allah..

Jadi, Qisy harap sangat housemates jangan terasa hati jika kurang mesra bila kita berkomunikasi. Bukan benci tapi tak mahu mengingkari aturan Ilahi. Sayang korang semua sebagai saudara se Islam. Korang jer tak tahu. Huhu..

Setiap manusia ada kelemahan dan tidak sempurna. Tapi, percayalah Allah dah bagitau wajib kita berusaha mencukupkan diri kita dengan cara yang terbaik yang kita termampu..Berhijrah dari semasa ke semasa menjadi lebih baik dari hari ke hari.. Kalaulah Qisy ada kuasa ajaib, rasa nak jer tukar orang-orang yang masih dalam kegelapan terus ke dalam cahaya. Itu kuasa Allah. Qisy cuma boleh doa doa doa doa doa.. Diri sendiri pun masih banyak perlu diperbaiki..Nukilan di blog ini pun yang paling mampu Qisy buat kerana kadangkala teguran tak terluah lantaran risau mereka terluka hati dan pergi lebih jauh ke arah kegelapan.

Risau hati Qisy bila melihat semakin ramai yang menukarkan perkara BATIL menjadi yang HAQ. Terutama sang pelaku yang masih jahil. Bimbang jika mereka yang Qisy sayang kian keras hati meneruskan kehidupan dalam kebatilan. Hanya Allah yang tahu Qisy nak mereka berubah, berubah ke arah yang lebih baik. Tinggalkan segala kegiatan yang mereka lakukan tanpa rasa bersalah. Ya Allah, mereka orang yang punyai hati suci, pimpinlah hati mereka ke jalan-Mu ya Allah..

MARAH bila melihat syaitan berjaya menghayutkan para generasi yang bakal menjadi pemimpin Islam dengan hiburan duniawi yang bersifat tidak kekal. Maafkan diri ini kerana tak cukup kuat untuk menarik kalian dari lembah hina itu. Doa sahaja mampu Qisy sampaikan untuk kalian. Tapi percayalah, Qisy nak sangat cakap dengan korang depan-depan..Nak marah supaya tak buat lagi aktiviti tak bermanfaat itu..Dosa kecil jika sering dilakukan akhirnya akan menjadi dosa besar. Qisy selalu ingatkan diri Qisy. Qisy pun tak sempurna. Please janganlah contohi orangnya, tapi dengarilah nasihatnya..

Kembalilah..Kembalilah ke jalan Allah s.w.t..Jalan menuju syurga yang kekal nikmatnya selamanya..Nasihatilah juga diri ini jika tersilap..Jangan biarkan aku juga hanyut dalam penjara dunia ini..

Sambutan Hari Raya Aidiladha
Bergambar bersama housemates and friends

Housemates and friends

Gambar kenangan bersama keluarga kecil Qisy di UK..Thanks korang sebab banyak membantu Qisy dan kawan-kawan yang baharu nak hidup di sini..Kuranglah sedikit rasa homesick bila berada jauh dengan keluarga dan sahabat-sahabat karib di Malaysia. Especially bab makanan..Huhu.

Moga Allah berkati hidup kalian walau dimana berada.. Aminn..

wif luv
<3 p="" sbr="">