Tuesday, April 24, 2012

PAHIT

Assalamualaikum semua.
Entry kali nih Qisy nak kongsi tentang pengalaman yang amat pahit dan menjadi pengajaran buat diri sendiri..

Pertama ialah meggerunkan.Dalam bulan nih, Qisy ada join camping. Camping yang dianjurkan oleh kelab di kolej kami. Alhamdulillah camp itu sangatlh harmoni dimana walaupun ianya adalah camp berkonsep 'funs' tapi kami tetap solat berjemaah. Sangat menenangkan terutama dengan keadaan persekitaran yang sangat tenang, segar dan nyaman dengan pokok-pokok hijau. Jurulatih pun memang happening. Suka sangat. Oleh sebab gembira, pada minggu hadapannya kami telah ditawarkan untuk menjadi jurulatih. Sangat lah menggerunkan apabila ketika tiba waktu tidur, kami terpaksa tidur bercampur lelaki dan perempuan di dalam bilik khas. Qisy dan beberapa orang sahabt memang sangat terkejut. Sepanjang malam Qisy menangis dan langsung tak dapat nak tidur dengan nyenyak. Bayangkan tiba waktu subuh tanpa segan silu jurulatih lelaki memasuki bilik untuk mengejutkan kami semua. Ada beberapa rakan yang terselak sana sini langsung tidak di peduli. Gerun. Mereka seperti sudah lali. Paling menyedihkan sewaktu kami hendak bergerak ke destinasi setrusnya, Qisy dan beberapa sahabat berniat hendak menunaikan solat subuh dahulu memandangkan tepat pada waktu itu azan berkumandang. Tapi di halang. Ya Allah. Mereka kata "nanti berhenti kat mana2 solatlah". Masjid, surau, satu demi satu terlepas. Bila disuruh berhenti mereka memberi alasan "depan lagi sikit" sehinggalah tiada lagi rumah ibadah..Betapa gerunnya hati Qisy nih kerana meninggalkan solat subuh dengan penuh sengajanya atas sebab dunia. Ish memang sangat marah..Setibanya di destinasi, Qisy bertanya "apa nak buat nih?' mereka menjawab " relax lah awal lagi"..DAH TU KENAPA NAK KENA RUSH DAN DENGAN SENGAJA TINGGAL SUBUH!! dalam hati sahaja Qisy berontak. Oleh sebab terlalu marah, Qisy pergi ke surau yang terdapat di situ dan terus Qada' sehinggalah tertidur selama beberapa jam. Qisy tak dapat kawal marah jika berdepan dengan mereka.Lebih menggerunkan, rakan rakan kolej yang Qisy percaya turut memperli kami yang mengajak untuk solat. Mana pergi sifat ketika kem yang lepas..Mengapa tidak ada jemaah? Bermakna kem yang lepas itu hanya bermuka-muka dihadapan pelajar lain ke? Gerun.Sangat gerun memikirkan azab Allah..Pergaulan yang terlalu bebas tanpa menutup aurat..Bila Qisy meluahkan apa yang dirasa, mereka mengatakan bahawa "iniah dunia sebagai jurulatih outdoor"..Owh..Sangat tipikal. Sedangkan pejuang wnita Islam juga masih menjaga batas pergaulan dan aurat ketika berhadapan dengan musuh bersama senjata dan pergerakan yang lasak. Inikan hanya aktiviti otdoor. Aurat tidak langsung ada kena mengena. Solat jagalah..Bukankah islam itu syumul.Mengapa tidak dipraktik..Tak layak kah seorang yang menjaga aurat dan menjaga pergaulan untuk meminati bidang outdoor? hairan.

Jadi lepas ni Qisy akan lebih tegas dan takkan mengalah dalam membantu saudara seIslam Qisy untuk mencari jalan keluar dari dunia jahiliah..Dunia yang hanya seronok sementara..Ingat satu perkara.. Memang dunia dicipta untuk manusia..Tapi manusia dicipta akhirnya untuk akhirat..Sepadulah dalam mengejar kejayaan dunia dan lebihkanlah mengejar kecemerlangan ukhrawi..Allahualam..

wif luv
SBR