Sunday, April 14, 2013

BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum..Alhamdulillah masih bernafas hingga hari ini..Thank you Allah..

Kepada yang sudi membaca, entry kali ini Qisy nak cerita sikit tentang dunia sekolah but as a teacher..huhu..

Sekarang Qisy dah berjaya tamatkan HND Qisy di Kolej Profesional MARA.Jadi sementara menunggu dapat tawaran untuk sambung degree, Qisy pun carilah kerja sementara.. Umi memang dah stated that dia nak anak sulung dia nih jadi cikgu..BUT, seriously I don't like to be a teacher.. Its not because I hate it..BUT, Qisy nak kerja sementara ni untuk kumpul some money untuk top-up nak further study..InsyaAllah ke United Kingdom..Tapi bila jadi cikgu ni, Qisy tak pandai sangatlah nak guna duit tu untuk diri sendiri sebab bagi Qisy ilmu bukan untuk dijual..That is the reason why I don't prefer to be a teacher in making money..Huahua..

Akhirnya, walaupun beberapa tawaran jobs yang berkaitan dengan bidang pengajian Qisy datang bertalu talu tapi dah katanya DOA IBU tu memang sangat lah termakbul..Akhirnya tak semena-mena memang ditakdirkan menjadi seorang guru..Jadi saya sekarang ialah seorang CIKGU walaupun cikgu ganti atau nama saintifiknya Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) yang dulunya digelar GSTT. kihkih..

Hari ini daftar terus esok dah kena lapor diri..Memang tak sempat nak duduk relaks lah kan lepas habis belajar bulan 12 tuh..Sekolah pertama yang Qisy dapat ialah SMK Desa Jaya di JB..Sebab Qisy orang sini..Qisy apply saing dengan Along..Tapi Along dapat SMK Sungai Tiram..Pada mulanya agak sedih sebab tak dapat bersama..

BEST! Mengajar kat sini dapat lah meng'improve'kan bahasa mandarin yang Qisy belajar masa kolej..Sebab kena ajar pelajar peralihan..Mereka pun seronok kerana cikgu Bahasa Malaysia diorang tahu bercakap dalam bahasa mereka..Terutama ketika nak buat ayat..Mereka minta Qisy translate ke dalam bahasa malaysia..Sehinggakan mereka memanggil Qisy, Xidi Laoshi..huhuhu..seronok sangat dapat nyanyi lagu birthday in mandarin bersama diorang.. Qisy ada juga ajar form 2..Tetapi mereka ni boleh juga lah berbahasa malaysia..yang istimewanya, diorang tak berani lah nak kutuk dalam bahasa mandarin sebab I KNOW WHAT YOU SAID AT THE BACK..huhuh..disebabkan itu juga Qisy cepat rapat dengan mereka..

Walaubagaimanapun, kami sempat berkenalan hanya seminggu..Sebab, Qisy dah kena pindah sekolah.. Sekolah mane? Yeaaaahhhh!! Sama sekolah dengan Along..Sangat gembira..Terlompat-lompat sebab EXCITED tau dapat satu sekolah dengan Along..Dah lah pengetua SMK Sungai Tiram ketika itu ialah cikgu sekolah kami di SMK Dato' Penggawa Timur..wuhuhuhuuu...cikgu Zubaidah yang sangat sporting..huhu..dia yang call bagitahu Qisy kena pindah..huhuh..

Hari pertama di SEMESTI sangatlah mengejutkan..Pelajarnya hampir 100% ialah melayu berbanding sekolah sebelum ni 80% ialah Chinese.. Hari pertama Qisy dah kena relief kelas tingkatan 5.. Ya Allah hanya Allah yang tahu culture shock nya otak dan perasaan..Pelajarnya tidak menghormati Qisy sebagai guru..Langsung tiada usaha untuk memberi salam atau sebagainya..Sedih sangat..Sebenarnya expectation masa tengok diorang memang dah nampak muka semua suci-suci belaka..Mungkin mereka masih naif..itu pendapat Qisy..Tapi Qisy tak benci langsung dengan diorang sebab Qisy terasa ada sebab kenapa Allah put me there..Yea I know..

Hari seterusnya dan seterusnya hingga kini, Qisy sudah semakin terbiasa dan kian memahami mereka. Sebenarnya mereka memang betul baik dan suci hati..Hanya kurang pencerahan barangkali..Qisy semakin lama semakin sayang dengan mereka. Kalau boleh nak peluk-peluk semua diorang tuh.. Walaupun Qisy nih agak kasar dan tak lah lembut kan, tapi diorang melayan Qisy dengan baik..Harapnya ikhlas lah ya sayang-sayangku..Qisy tahu Qisy tak lah se'cu atau se'HOT artis untuk dipandang, tapi mereka tetap pandai mengambil hati..Berkobar-kobar semangat bila kita seronok nak mengajar..

Memang tak dapat dinafikan, sehingga hari ini banyak air mata yang Qisy dah titiskan kerana pelajar..Tapi ini bukan kerana benci..Tapi sebab terlalu sayang dengan diorang..Berat rasa hati nak meninggalkan mereka walaupun Qisy tahu mereka sangat lah berdikari..tak macam Qisy..huhuhu.. Qisy harap sangat tiada salah seorang pon daripada mereka yang gagal dalam kehidupan..Kerana mereka adalah insan-insan yang masih suci dan biarlah suci selamanya daripada dicemari noda-noda duniawi.. Moga Allah redha dengan pelajar-pelajar yang Qisy pernah ajar dan kenali..Owh lupa nak bagitahu, Qisy dapat hadiah dari dua orang murid yang sangat comel..huhuhu..suka sangat..

Alrite, sampai sini je dulu coretan Qisy for this time.. I hope that this memory will remain till the day we meet again in Jannah Allah InsyaAllah..

Sekian Wassalam..

wif luv
<3 p="" sbr="">