Wednesday, November 23, 2011

RESULT JATUH

Bismillahirrahmanirrahim..Salam semua.

Tadi Qisy dah tengok semua result assignments..Kami students HND memang tak ada test or final exam.Semua based on assignments. Alhamdulillah sem nih prestasi Qisy dalam pelajaran sangat baik..Qisy berjaya siapkan assignments tanpa perlu menghadapi redo.Sesiapa yang tak fulfill kriteria untuk assignment tu, akan kena redo..Sem lepas dua kali kena redo..itu pun first time kena redo..Sangat bersyukur sem nih terlepas dari redo.

Students yang lepas semua kriteria perlu pula mengejar higher grade..Grading untk HND bermula dengan M1,M2,M3,D1,D2 and D3. D3 adalah yang tertinggi. Jika dapat lepas semua higher grade nih, barulah kita dapat tahu sama ada kita dapat P @ P+ @ M @ M+ @ D..

Sem nih Qisy memang berjaya skor dalam semua assignment sehingga D2..Tapi gagal untuk kejar D3..Disebabkan itu, resut keseluruhan pun jatuh..Kalau sem dahulu, Qisy tak dapat skor assignment tapi dapat D untuk hampir semua assignment and alhamdulillah result sangatlah cemerlang..Tapi sekarang Qisy sangat down..

Mungkin sakitnya sangat terasa sebab Qisy sem nih sangat bersungguh. Tak main2 macam dulu. Mungkin inilah dia reward untuk kemalasan dulu. Hanya Allah yang tahu betapa susah nak terima yang result Qisy jatuh..Walaupun result keseluruhan untuk sem nih akan keluar sem depan, tapi Qisy dah boleh kira sendiri..Tujuan Qisy kira pun untuk prepare hati nih supaya tak bertambah sakit masa dapat result nanti..

Qisy tahu, hidup nih memang ada jatuh dan bangun..Kerana itu, Qisy kuatkan semangat untuk cekalkan hati untuk terus bangun dan bangun..Tak tahu macam mana nak sediakan jiwa dan mental untuk hadapi semua. Sorry sangat umi and ayah..kakak dah habis try..Tapi mungkin ada khilaf yang kakak buat..Inilah ujian Allah..

Sekarang nih, yang boleh buat Qisy kuat adalah kata-kata yang Qisy terbaca dari seorang hamba Allah..Kalau Qisy kecil hati dengan apa yang Qisy dapat, maknanya Qisy kecil hati dengan pemberian Allah. Astagfirullahalazim..Sapa lah diri Qisy nih nak rasa kecil hati dengan apa yang dah Allah beri..Sekecil-kecil yang Allah bagi, itulah sebesar-besarnya pemberian bagi Qisy..Keburukan yang terjadi pasti ada sebabnya..Mungkin Qisy dah terlalai untuk mengingati Allah..Atau mungkin Qisy ada tersakitkan hati-hati hamba Allah..Mungkin juga, doa yang Qisy panjatkan tidak sebanyak orang lain.. Qisy yakin segalanya ada hikmah..Biarlah ramai yang mungkin akan berkata-kata, tapi Qisy tahu Allah adil.Qisy harap sangat, Allah akan beri kebahagiaan kepada umi dan ayah..Hati merekalah yang paling Qisy risau..Sakit yang terasa pun disebabkan Qisy cuba untuk rasa apa yang umi dan ayah akan rasa..Qisy tahu diorang tak mungkin tunjuk..Maaf umi ayah..maaf sangat-sangat..

Alhamdulillah juga sebab Qisy, Dina dan Ude terlepas dari penyakit TB. Kami disyaki dijagkiti TB semasa saringan pertama iaitu injection PTB kalau tak silap..Tadi selepas buat x-ray, doktor mengesahkan yang kami terlepas..Alhamdulillah..

Baiklah sampai sini sahaja coret-coret Qisy hari ini..Harap post nih boleh bagi semangat kepada kalian sedikit sebanyak..

Ya Allah aku redha dengan apa yang kau beri. Aku syukur..Alhamdulillah..Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah, aku mohon pada-Mu jagalah hati ini, senangkanlah hati kedua ibubapaku..Hati mereka adalah hatiku Ya Allah..Berlah kejayaan kepada diriku, adik-adikku, saudara-maraku, sahabat2 ku dan juga seluruh muslimin dan muslimat, kejayaan dunia dan kecemerlangan di akhirat..Amiiin..