Wednesday, November 26, 2014

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

25 November 2014 genap umurku 25 tahun.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih umi kerana terpaksa bergadai nyawa demi melahirkan diri ini.
Terima kasih ayah kerana bermulalah tanggungan beban dosaku kepadamu.

Pertama kali dalam hidupku menyambut ulangtahun kelahiran tanpa keluarga di sisi.
Tanpa Ika, Ija, Umar
Pertama kali di bumi asing

Terharu rasa hati bila keluarga kecil di sini bersusah payah mengadakan kejutan
Terima kasih Durrah, Wafi, Zaman dan Adib kerana sedaya upaya menjayakan 'little birthday celebration'
Kek, pizza, kad dan hadiah (thankz Durrah untuk jam biru)
Terima kasih Mahfuz aka Botak sebab sudi masak asam pedas (kegemaran sebenarnya) dan Kavin sebab goreng telur katanya
Terima kasih housemates yang lain juga
Walaupun baharu kita saling mengenali
Kecil mungkin bagi kalian
Tapi besar bagi diriku
Bahagia hari itu mungkin akan ku kenang sampai hujung hembus nafas
Sampai syurga Innsha Allah

Terima kasih sahabat-sahabat yang mengingati hari ulangtahun ku
Ucapan dan doa yang diberi moga dimakbulkan
Semoga diriku ini berada dalam redha Allah

Ya Allah, pimpinlah diriku agar tidak berpaling dari hidayahmu
Berkatilah insan-insan yang menyayangi diri ini walau sekecil zarah
Permudahkan urusan mereka dunia akhirat
Sungguh kerana aku sayang mereka keranaMu ya Allah

wif luv
<3 p="" sbr="">