Saturday, February 4, 2012

TANGGUNGJAWAB BARU

Assalamualaikum wahai saudaraku semua..

Apa khabar iman?Sama-sama kita doa yer semoga battery kita sentiasa di charge. Sentuh tentang charge nih, rasanya bateri Qisy pun dah makin lemah..Tak sabar nak di charge dengan usrah.. Memandangkan naqibah kami agak busy, tambahan sedang pregnant yang menyebabkan kesihatan beliau sedikit tidak stabil, makanya usrah kami masih lagi tertangguh..Plus lagi Qisy baru jer diserang demam..Waktu tengah tulis nih pun tekak perit sangat..Dina, Ude pun tak sihat..Semua pakat sakit tekak..Tapi kitorang masih lagi contact2 kat sesama sisters usrah di group usrah kami di FB..

Wah..Semester baru dengan beberapa tanggungjawab baru..Owwhh..Makin kita mengelak makin datang. Apapun Qisy yakin Allah ada perancangan yang terbaek punyerrr untuk Qisy. Sangat berharap, diri ini mampu menjadi contoh teladan kepada semua terutama kaum hawa.InsyaAllah..try the best..

Semester nih Alhamdulillah Qisy telah diberi kepercayaan oleh sahabt2 kolej untuk memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden 2 Majlis Perwakilan Pelajar..Tak terlintas pun Qisy nak berkecimpung dengan serius dalam MPP. Pada awalnya memang kami buat tak tahu jer bila permohonan menjadi MPP dibuka oleh kolej..Namun, atas beberapa masalah , bilangan calon-calon yang memohon tak memuaskan hati kolej..Dengan tiba-tiba Qisy dan beberapa pelajar COPA dikumpul dan di'brain wash' oleh pihak terlibat untuk memohon menjadi calon MPP.

Qisy, Dina and Ude keraskan juga hati tak nak memohon.Akhirnya, terdetik juga kami bertiga hendak memohon setelah beberapa kali kami disuakan borang ketika di kuarantin. Kami bersama-sama apply dengan hati yang separa rela.

Namun setelah pilihanraya dijalankan, kami telah berjaya mendapat undi yang melayakkan kami menjadi MPP. Satu kejutan untuk kami kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Timbul perasaan bersalah kepada calon yang bersungguh-sungguh hendak menjadi MPP tapi tak berjaya. Oleh sebab itu, Qisy, Dina dan Ude terus berazam yang kami tak akan sia-siakan tanggungjawab itu. Larilah sejauh mana pun, jika Allah sudah menetukan, kita harus redha..

InsyaAllah sahabat semua, Qisy akan buat yang terbaik sekali untuk Ummah..Kerana bagi Qisy, semakin kita di beri tanggungjawab yang berat, semakin kita akan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri..Qisy sayang semua kerana Allah.

Gambate!