Monday, December 9, 2013

KALAU NAMPAK PAHALA, PASTI RAMAI TERKEJAR-KEJAR

Assalamualaikum
Hello guys!!

Minggu ini sepatutnya adalah minggu kemuncak untuk Qisy. Pelik bunyi nya. SPM? PMR? haha..Bukan okay. Semua itu dah berakhir. Ini berkaitan beberapa permohonan yang Qisy buat iaitu Loan Kereta, Test Psikometrik and few jobs interview. Kalau mengikut yang dijanjikan, semua result akan keluar this week.  Hanya Allah yang tahu betapa Qisy teramat takut. Kadangkala tak yakin. Dapat ke aku? Tapi orang kata kita berfikiran positif, jadi yang datang kepada kita Inn Sha Allah perkara yang positif. Seriously, letih menunggu benda yang tak pasti. Tapi Qisy tetap kuatkan semangat. Sekarang pun hobi baru Qisy, termenung ja. Dah macam orang putus cinta. Ish ish ish. Allah kan kekasih Qisy. So, I know He will not any chance pun akan leave me alone. Alhamdulillah Allah bagi rasa ini kepada Qisy. Oh ye, Alhamdulillah, Qisy dah pun bergraduasi. Thankz again to Allah, me Siti Balqisy Binti Razali won the Overall Best Student Of Kolej Profesional MARA 2013 Malaysia distinct. Pastuh menang pulok Pearson International Best Performance Award 2013. Pastuh satu lagi I gondol, Mara Outstanding Performance Award 2013. Semua ni adalah nikmat Allah. Tak mampu nak dizahirkan betapa bersyukurnya Qisy. Setelah pelbagai ujian Allah beri semasa di kolej, akhirnya Dia kurniakan hambanya yang hina ini dengan nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah. Yakinlah dengan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk Qisy.


Overall Best Student Award bersama Umi dan Datuk Ketua Pengarah MARA
   Alright, back to the main topic. Kalaulah pahala kita boleh nampak macam mana dia terbang melayang..Fuhh! Mesti semua orang nak buat kebajikan. Semalam, Qisy pergi kedai buku dengan Ika, my sister and Rita, my friend. Actually temankan si Ika ni nak cari buku pasal perkahwinan. So, alang-alang tuh, Qisy pun cari lah al-Quran yang ada tafsir. Sebab Qisy punya al-Quran hilang. Tak seronok bila nak share2 nih. Tiba-tiba, Ika cakap: "Kalau kakak nak al-Quran ambik jer. Ika bayar. Sebagai present for your birthday." Haha. Memang syok beb, nak dapat quran freeee. BUT , Qisy cakap, : "Takpe. Kakak nak bayar sendiri." Pelik tak guys. Lepastu kisah nak belanja quran tuh, berlanjutan sampaikan akhirnya masa nak beli tengok takda rupanya quran yang ada tafsir kat kedai tu. Habis katanya. Hhuhuu..Dua-dua melepas nak buat pahala. YEAH! itu lah sebenarnya. Dulu ketika lagi di zaman-zaman full dengan kejahilan, Qisy memang berfikir panjang kalau nak invest duit ke arah benda2 nih. Ish ish..tapi bila sekarang, dah sedar yang duit kita guna untuk beli barang, itu semua akan disoal. Uish.Takut tau. Nanti Allah tanya, ceq nak jawab apa. Bila fikir yang Ika belikan AL-quran tu nanti, setiap kali Qisy baca, confirm pahala pun Ika dapat. Perh! Mana boleh. hahaha..Its mine. Tamak pulak yer. Itulah Qisy cakap, ini baru Allah beri kesedaran tentang pahala berbelanja. Belum lagi Allah buka hijab, nampak pahala tu shiuuuuuunggg flying everywhere. Hambeq, mesti lagi ramai berbunuhan kot nak kejar pahala. Subhanallah.

  Sampai sini dulu butir coretan Qisy kali ini. Yang baik jadikan iktibar yer. Yang buruk tuh, maafkanlah. Doakan diri ini menjadi lebih baik dari saat ini. Muah.. Wallahua'lam.

wif luv
SBR

Sunday, July 28, 2013

SATU PERGI SEPULUH MARI

Assalamualaikum ya habibi ya maulana..huhu

Fuhhh! After a long period..Now I'm able to post this entry..Ya Allah memang busy tahap gaban these few months sampai tak sedar bulan dah berganti bulan..And now it is RAMADHAN! Alhamdulillah..Thankz Allah because you let me meet this barakah month again and again..Inn sha ALLAH sama-sama kita strive for the lailatul-Qadr..malam yang sentiasa dinantikan oleh semua hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.. semoga Qisy pun dapat menguatkan diri mengejarnya..amiinn..

Okay, back to the topic.."SATU PERGI SEPULUH MARI"..wow, topic macam baru lepas break-up dengan boyfriend..haha..excuse me my boyfriend setia dengan I..lima kali sehari we all dating..never miss once pun..ehemm..yeke?kalau ABC tak dapatlah dating..Actually maksud Qisy ialah nikmat yang Allah beri..dalam sepanjang beberapa bulan nih, dah terlalu banyak ujian Allah timpakan..Allah tarik nikmat satu.. tapi Alhamdulillah, dia bagi sepuluh lagi tau..sebab tu lah kita kena always bersangka baik dengan Allah.. Setiap yang berlaku selalu ada hikmahnya..that is what I mean..

Qisy terpaksa berpisah dengan students SEMESTI di saat kami dah sangat rapat..Berkongsi macam-macam..Bergaduh, gelak bersama, sedih bersama..Berat sangat untuk tinggalkan mereka..terutama my own class 2 Cendana..dah macam family..Sedih bila diorang nyanyi lagu kehilangan(firman)..tak sangka akan tinggalkan diorang secepat itu..dah takdir..Qisy redha..rindu juga dengan kenakalan semua students kat sana..diorang memang tetap dihati..semua kelas yang Qisy ajar, walaupun lain-lain perangai tapi tetap buat hati tersenyum bila terimbau kenangan bersama mereka..rindu juga dengan warga kerja, terutama yang close with me..this is because my contract ended and I've transferred to SMK Puteri Wangsa..

Tak dinafikan, sangatlah lain suasana di sekolah baru ni..Kalau SEMESTI 90% of them were malays..Kat sekolah ni, semua ada..Jadi memang nak kena adapt dengan culture pelbagai bangsa..huhu..seriously, memang lagi mencabar, sebab Qisy nak kena faham style students yang lain-lain bangsa ni..melayu, cina, india dan lain lain..huhu..jiwa still tertinggal di sekola lama..yela kan, few months hidup dekat situ mestilah rindu..ini yang membuatkan Qisy lagi blur..dengan roh yang macam belum sampai, tiba-tiba nak kena adapt with new situations.wahh agak stress di situ..BUT i have my boyfriend, ALLAH..kepada Dia lah Qisy selalu panjatkan pertolongan..memang sangat sedih sebab till now, macam takde tanda lagi yang Qisy boleh make family with students here..Sedih tau..Saat-saat sedih nih lah, Allah bagi Qisy happy, bila dapat berjumpa dengan students lama dekat camp..tak disangka-sangka..punyalah hati berbunga riang..walaupun muka sunburn..takpa takpa!memang tak lepas lah bergambar dengan diorang..berbual..best sangat..tetapi..dalam kegembiraan itu, Qisy terlupa yang Qisy ada tanggungjawab terhadap students baru..bila balik dari camp tu, baru lah tahu yang sebenarnya Qisy dah abaikan students sekolah sendiri sehingga ada yang rasa Qisy dah anak tirikan mereka..NO!actually takde niat pun..Its just I'm too happy dapat jumpa mereka tuh..itulah Qisy kata, ALLAH maha adil..disebabkan camp tu jugaklah Qisy dah mula mesra dengan few of the Puteri Wangsa students yang joined that camp..yahooo! iteww dapat kawan baru..so, sekarang, takdelah terlalu sedih bila mengajar dekat sekolah baru..sedikit sedikit roh dah menghampiri..InsyaAllah, tak lama lagi bolehlah tambah family..haaha..peliks jer bunyi nya..

Maybe, Qisy tak dapat nak handle emosi untuk beberapa bulan ni..Kesian dekat students yang baru nih..dapat cikgu yang emosi tengah tak stabil..apa yang Qisy kejar selama nih, Qisy dah terlepas.. Sebenarnya, panggilan untuk test MARA tuh Qisy dah terlepas tarikh..tarikh test tu sepatutnya 28 Mei 2013..but unfortunately, Qisy sedar bila dah sampai 2 Jun..masa tu internet problem..almost one month jugak..dan disebabkan kelalaian sendiri Qisy terlambat cek result.so, harapan nak ke UK tuh dah pun terkandas..sedih pilu kecewa semua bercampur..dengan waktu tu nak layan perangai students yang mencabar..family matters lagi..Qisy rasa give up sangat..tapi Allah sayang hambanya walaupun selalu lupakan Dia..masih digerakkan hati Qisy untuk berdoa dan ditabahkan hati..pada mulanya memang tak dapat terima..but lately, memang Qisy redha sebab Qisy tahu ketentuannya..Qisy fikir mesti nak kena study dalam negara jer..okay aku redha..BUT..again..my application to IPTA also failed..ya Allah..memang sangat berat.. Qisy cuba untuk tak give up..doa, usaha, tawakal..memang sangat payah nak terima semua..tapi bersangka baik dengan Allah..doa jangan ditinggalkan..sebab itulah senjata orang muslim..hari ke hari Qisy muhasabah balik diri..yup..memang banyak dosa Qisy pada Allah..banyak kekurangan yang sentiasa harus diperbaiki.. ya memang manusia tak perfect..but, kita kena selalu cuba untuk ke arah itu..at least jadi hampir sempurna kerana ALLAH..

MUHASABAH DIRI kita, bukan cari kebaikan atau kelemahan orang lain..tapi untuk menilai semula perbuatan dan amalan kita sepanjang usia..paling kurang, sepanjang hari sebelum tidur..apa dah kita lakukan sehinggakan Allah lambat menunaikan doa kita..mungkin kita ada terkecilkan hati ibu ayah..cikgu kita..family or sahabat or sesiapa sahaja..apatah lagi mengundang kemurkaan Allah..Inn sha Allah esok hari akan bertambah baik..sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada..jangan takbur dengan nikmat yang diberi..dalam hidup ini kita perlu menanam matlamat utama iaitu mengejar redha Allah s.w.t..

Alhamdulillah, again one left, ten comes to us..huhu..Qisy dapat panggilan MARA untuk test psikometrik. Kali ini Qisy betul redha dengan ketentuan Allah..Jika benar rezekiku untuk further ke UK..semoga Allah permudahkan..jika bukan, kau redhakanlah hatiku dengan ketentuan-Mu ya Allah..sesungguhnya hanya engkau tempat aku bergantung..

sekian..wassalam..

wif luv
SBR

Sunday, April 14, 2013

BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum..Alhamdulillah masih bernafas hingga hari ini..Thank you Allah..

Kepada yang sudi membaca, entry kali ini Qisy nak cerita sikit tentang dunia sekolah but as a teacher..huhu..

Sekarang Qisy dah berjaya tamatkan HND Qisy di Kolej Profesional MARA.Jadi sementara menunggu dapat tawaran untuk sambung degree, Qisy pun carilah kerja sementara.. Umi memang dah stated that dia nak anak sulung dia nih jadi cikgu..BUT, seriously I don't like to be a teacher.. Its not because I hate it..BUT, Qisy nak kerja sementara ni untuk kumpul some money untuk top-up nak further study..InsyaAllah ke United Kingdom..Tapi bila jadi cikgu ni, Qisy tak pandai sangatlah nak guna duit tu untuk diri sendiri sebab bagi Qisy ilmu bukan untuk dijual..That is the reason why I don't prefer to be a teacher in making money..Huahua..

Akhirnya, walaupun beberapa tawaran jobs yang berkaitan dengan bidang pengajian Qisy datang bertalu talu tapi dah katanya DOA IBU tu memang sangat lah termakbul..Akhirnya tak semena-mena memang ditakdirkan menjadi seorang guru..Jadi saya sekarang ialah seorang CIKGU walaupun cikgu ganti atau nama saintifiknya Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) yang dulunya digelar GSTT. kihkih..

Hari ini daftar terus esok dah kena lapor diri..Memang tak sempat nak duduk relaks lah kan lepas habis belajar bulan 12 tuh..Sekolah pertama yang Qisy dapat ialah SMK Desa Jaya di JB..Sebab Qisy orang sini..Qisy apply saing dengan Along..Tapi Along dapat SMK Sungai Tiram..Pada mulanya agak sedih sebab tak dapat bersama..

BEST! Mengajar kat sini dapat lah meng'improve'kan bahasa mandarin yang Qisy belajar masa kolej..Sebab kena ajar pelajar peralihan..Mereka pun seronok kerana cikgu Bahasa Malaysia diorang tahu bercakap dalam bahasa mereka..Terutama ketika nak buat ayat..Mereka minta Qisy translate ke dalam bahasa malaysia..Sehinggakan mereka memanggil Qisy, Xidi Laoshi..huhuhu..seronok sangat dapat nyanyi lagu birthday in mandarin bersama diorang.. Qisy ada juga ajar form 2..Tetapi mereka ni boleh juga lah berbahasa malaysia..yang istimewanya, diorang tak berani lah nak kutuk dalam bahasa mandarin sebab I KNOW WHAT YOU SAID AT THE BACK..huhuh..disebabkan itu juga Qisy cepat rapat dengan mereka..

Walaubagaimanapun, kami sempat berkenalan hanya seminggu..Sebab, Qisy dah kena pindah sekolah.. Sekolah mane? Yeaaaahhhh!! Sama sekolah dengan Along..Sangat gembira..Terlompat-lompat sebab EXCITED tau dapat satu sekolah dengan Along..Dah lah pengetua SMK Sungai Tiram ketika itu ialah cikgu sekolah kami di SMK Dato' Penggawa Timur..wuhuhuhuuu...cikgu Zubaidah yang sangat sporting..huhu..dia yang call bagitahu Qisy kena pindah..huhuh..

Hari pertama di SEMESTI sangatlah mengejutkan..Pelajarnya hampir 100% ialah melayu berbanding sekolah sebelum ni 80% ialah Chinese.. Hari pertama Qisy dah kena relief kelas tingkatan 5.. Ya Allah hanya Allah yang tahu culture shock nya otak dan perasaan..Pelajarnya tidak menghormati Qisy sebagai guru..Langsung tiada usaha untuk memberi salam atau sebagainya..Sedih sangat..Sebenarnya expectation masa tengok diorang memang dah nampak muka semua suci-suci belaka..Mungkin mereka masih naif..itu pendapat Qisy..Tapi Qisy tak benci langsung dengan diorang sebab Qisy terasa ada sebab kenapa Allah put me there..Yea I know..

Hari seterusnya dan seterusnya hingga kini, Qisy sudah semakin terbiasa dan kian memahami mereka. Sebenarnya mereka memang betul baik dan suci hati..Hanya kurang pencerahan barangkali..Qisy semakin lama semakin sayang dengan mereka. Kalau boleh nak peluk-peluk semua diorang tuh.. Walaupun Qisy nih agak kasar dan tak lah lembut kan, tapi diorang melayan Qisy dengan baik..Harapnya ikhlas lah ya sayang-sayangku..Qisy tahu Qisy tak lah se'cu atau se'HOT artis untuk dipandang, tapi mereka tetap pandai mengambil hati..Berkobar-kobar semangat bila kita seronok nak mengajar..

Memang tak dapat dinafikan, sehingga hari ini banyak air mata yang Qisy dah titiskan kerana pelajar..Tapi ini bukan kerana benci..Tapi sebab terlalu sayang dengan diorang..Berat rasa hati nak meninggalkan mereka walaupun Qisy tahu mereka sangat lah berdikari..tak macam Qisy..huhuhu.. Qisy harap sangat tiada salah seorang pon daripada mereka yang gagal dalam kehidupan..Kerana mereka adalah insan-insan yang masih suci dan biarlah suci selamanya daripada dicemari noda-noda duniawi.. Moga Allah redha dengan pelajar-pelajar yang Qisy pernah ajar dan kenali..Owh lupa nak bagitahu, Qisy dapat hadiah dari dua orang murid yang sangat comel..huhuhu..suka sangat..

Alrite, sampai sini je dulu coretan Qisy for this time.. I hope that this memory will remain till the day we meet again in Jannah Allah InsyaAllah..

Sekian Wassalam..

wif luv
<3 p="" sbr="">