Hello guys!!
Minggu ini sepatutnya adalah minggu kemuncak untuk Qisy. Pelik bunyi nya. SPM? PMR? haha..Bukan okay. Semua itu dah berakhir. Ini berkaitan beberapa permohonan yang Qisy buat iaitu Loan Kereta, Test Psikometrik and few jobs interview. Kalau mengikut yang dijanjikan, semua result akan keluar this week. Hanya Allah yang tahu betapa Qisy teramat takut. Kadangkala tak yakin. Dapat ke aku? Tapi orang kata kita berfikiran positif, jadi yang datang kepada kita Inn Sha Allah perkara yang positif. Seriously, letih menunggu benda yang tak pasti. Tapi Qisy tetap kuatkan semangat. Sekarang pun hobi baru Qisy, termenung ja. Dah macam orang putus cinta. Ish ish ish. Allah kan kekasih Qisy. So, I know He will not any chance pun akan leave me alone. Alhamdulillah Allah bagi rasa ini kepada Qisy. Oh ye, Alhamdulillah, Qisy dah pun bergraduasi. Thankz again to Allah, me Siti Balqisy Binti Razali won the Overall Best Student Of Kolej Profesional MARA 2013 Malaysia distinct. Pastuh menang pulok Pearson International Best Performance Award 2013. Pastuh satu lagi I gondol, Mara Outstanding Performance Award 2013. Semua ni adalah nikmat Allah. Tak mampu nak dizahirkan betapa bersyukurnya Qisy. Setelah pelbagai ujian Allah beri semasa di kolej, akhirnya Dia kurniakan hambanya yang hina ini dengan nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah. Yakinlah dengan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk Qisy.
Overall Best Student Award bersama Umi dan Datuk Ketua Pengarah MARA |
Sampai sini dulu butir coretan Qisy kali ini. Yang baik jadikan iktibar yer. Yang buruk tuh, maafkanlah. Doakan diri ini menjadi lebih baik dari saat ini. Muah.. Wallahua'lam.
wif luv
SBR