Tuesday, May 20, 2014

ALA ALA MUSLIMAH

Fuhh! Fuhh! Berhabuk. (uhuk! uhuk!)
Terbatuk I tengok blog yang bersawang

Ops! ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang (Quote : Maria Elena)
Huhu

Okay, this post is my first post since last year. Its been a while for me. Banyak sebenarnya nak dicurahkan, tapi kesuntukan masa dan kekurangan fokus menyebabkan segalanya tergendala. Before that, nak mintak sesiapa sahaja yang baca blog ini doakan Qisy dapat result yang best dalam IELTS. Maybe dalam next post Qisy akan clarify sedikit sebanyak about IELTS. Pada saat mengarang coretan ini, Qisy dah hampir 2 bulan meninggalkan SMK Bandar Seri Alam. Nanti cerita okay. Entry kali ini ada isu yang Qisy rasa sangat sensitif. Huhu. Lets start!

Ceritanya bermula begini...

Qisy pergi ronda ronda butik perkahwinan dua hari lepas. Dari sebuah ke sebuah butik Qisy lawati. Tapi kami tak berkenan dengan baju baju pengantin yang ditawarkan. Disebabkan oleh beberapa faktor seperti cutting, material, harga dan servis. Alhamdulillah layanan mereka amatlah baik. Tetapi yang menyedihkan, bila kami bertanya tentang beberapa pattern baju, hampir semua akan menyebut "Owh kami tak sediakan yang ala ala muslimah ni dik." Pelik aneh hairan semua ada. Kami tak cakap pun "ala ala muslimah". Just tunjuk pattern yang we all rasa berkenan di hati. But, kitaorang diam jer. Sampailah ke akhir butik..

"Wah! Cantik ni baju nih. Sesuai sangat. Kak, veil dia boleh tak nak tengok?"

Akak tu keluarkan dua jenis veil. Well, we all memang tak pernah ada pengalaman kahwin kahwin ni. So, kenalan Qisy yang try baju tu cakap dia sangat berkenan dengan baju tu, tambahan bila dipakai bersama veil yang diberikan. Sedang kami berasa teruja, boleh lah pulak akak ni cakap "Sweet kan. Akak memang sediakan veil panjang tuh. Sebab ada orang yang suka gaya ala-ala muslimah".Pergh! Panas hati!

Wahai akak akak akak akak owner yang comel semua. Setiap butik yang saya masuk, semua owner ialah Islam. Saya ni pun seorang Islam! Kenapa nak cakap "ala-ala muslimah" ? Qisy tak faham lah. Setahunya, kita guna perkataan "ala-ala barat" bila mengenakan pakaian atau fesyen dari Negara Barat. Sebab, kita bukan orang barat. Dah tu, ala-ala muslimah? Means macam kita ni bukan orang Islam pulak. Walaupun nampak remeh, tapi dengan gelak gelak sinis akak akak tuh, Qisy seriously sangat terasa marah. Jagalah perkataan.

Muslimah bermaksud gadis atau wanita Islam. So, semua wanita gadis adik akak makcik yang beragama Islam ialah Muslimah. Again, MUSLIMAH! Ya Allah ramainya muslim yang tak ambil peduli tentang aqidah. Perkataan begini boleh melambangkan seseorang itu dah hampir terpesong aqidah nya.

Actually, bukan sahaja di butik pengantin tempoh hari, tetapi terlalu ramai yang menganggap perkara ini hanya permainan. "Alahai muslimahnya diaaaa.." "Wah comelnya budak tuh.Bila lah aku nak jadi ala muslimah macam dia?" "Sorry okay. Saya bukan ala muslimah macam dia".

Elak lah dari menggunakan perkataan ala-ala muslimah. Tak kira lah awak tak bertudung ke, berpakaian seksi ke. Jika beragama Islam, awak still a muslimah dear. Briefly, I am a muslimah. I don't ever want to be just ala-ala muslimah. Nauzubillah. So, stop saying " You muslimah, I belum sampai seru nak jadi muslimah macam you." Sumbat kang bibirmu yang mungil itu dengan cekelat.

Anda sendiri yang membandingkan diri dengan yang lain. Jika melihat perkara yang baik, mengapa tidak dicontohi. Mengapa perlu bertangguh. Tak perlulah nak cakap belum sampai seruan. Seruan Allah dah lama tertulis dalam Al-Quran. Muslimah haruslah menutup aurat. Jika anda seorang Muslim, maka jalankan tanggungjawabmu. Jangan pernah berputus asa untuk bertaubat. Allah sentiasa sayangkan hambaNya.

Mungkin hari ini kita belum lagi mampu digelar muslimah sejati, innsya Allah dengan usaha, doa dan tawakkal, kita tidak mustahil menjadi yang lebih baik dari muslimah yang pernah memandang rendah kepada kita. Walaupun begitu, jangan pernah ada sifat dendam dalam hati. Wanita memang tinggi rasa cemburu, tapi akal yang bijak mampu mengawal cemburu itu menjadi positif. Tuluskan hati walaupun berat. Bulatkan niat kerana Allah, innsya Allah ringan segalanya.

Wallahuaklam

wif luv
SBR