Uiiii lama beb tak menulis. Actually banyak draft. Just tunggu masa nak publish. Rasa macam nak tulis novel lah. Tapi tak hebat dalam berbahasa. Hari ni post gedik-gedik jer. Ala-ala diary gitu. Now, Qisy dah ada di Malaysia. Dah sebulan lebih. Johor takde air. Susah giler nak adapt dengan suhu yang memang luarbiasa panas ni. So, kena mandi at least 5 kali sehari. Huhu. Padahal, dulu susah yang amat nak mandi. Alhamdulillah hidung tak berdarah macam masa dekat Manchester. Terkejut suhu masa tu 20 °c. Sebab suhu before that mostly negative. Pengalaman pertama hidung berdarah alah-alah korea gitu. So, sampai Malaysia memang keje duk bertapa dalam aircond. Haha. Bajet minah saleh sangat. Lama-lama alhamdulillah dah agak stabil.
Hari ni raya haji. Tapi rasa macam kurang sikit suasana. Maybe semua orang keje. Sedih jugaklah. Selalu malam raya dah sibuk potong-potong bahan masak ramai-ramai kat rumah tokmak. Makin lama makin kurang suasana macam dulu-dulu. Semua dah kahwin. Balik rumah mertua lah. Study oversea la. Hmm. So, plan nak pi tengok orang sembelih lembu. Sebenarnya kalau pergi tak tengok pun. Sebab rasa nak pengsan tengok darah. At last, Qisy tak makan lembu tu nanti. So, pergi saje je nak timbulkan semangat raya haji tu. Cuba meamanjangkan silaturrahim dengan jiran setaman.
Rindu UK. Tunggulah ada jodoh bertemu lagi kita ya London. Huhu. Tempat termenung. Menggantikan tempat favourite I , Danga Bay. Rasa macam dah cukuplah sebulan berhoneymoon. Masanya untuk cari kerja. Masuklah semula alam realiti yang memang kita barangkali hidup selamanya bersama. hohoho. Tapi kali ni, Qisy bukanlah Qisy yang dulu. Hidup berdikari kat UK buat Qisy sangat berhati-hati dalam memilih sahabat. Dulu Qisy memang tak kisah pun bersahabat dengan sesiapa. Sebab nobody perfect. Yeah. Mudah sangat dulu percaya dengan manusia. Kadangkala kita nampak manusia tu dah all-out diri dia. Kita pun fikir , "Bagusnya dia, tak hipokrit langsung". Tak sebenarnya. Dulu Qisy ingat orang yang nampak baik tu je yang hipokrit. Ada pelbagai jenis lagi manusia hipokrit. Seram sejuk memikirkan. Tapi still, Qisy pun tak sempurna. Thats why, apa pun yang terjadi, pastinya benda tu datang dari kelemahan Qisy sendiri.
Maaflah kepada sesiapa yang terasa dengan diri ini. Qisy tak pernah rasa diri sempurna. Sebab tu, if ada nampak kesilapan, tegur je lah. Qisy tak pernah pilih nasihat berdasarkan siapa orang yang memberi. If nasihat tu boleh membantu, InnsyaAllah cuba sedaya upaya untuk diubah. Terus terang. Memanglah kadang-kadang macam terguris jer. Tapi at the end, Qisy akan try untuk take it as a positive thing. Tak mampu lah nak bahagiakan semua orang. Again, Qisy manusia biasa kt. Takde super power! huhu.
Apapun, Qisy tetap kena move on. Lupakan kenangan yang pahit. Block semua. Sehingga lah dalam minda ni hanya ada yang baik-baik saje.hehehehe.Baik ke? InnshaAllah. Now, hati rasa lapang sebab makin lama terasa diri ini semakin matang. Maksudnya, I dah tua! OMA. huhu. Now, focus pada bulu-bulu kehidupan. Adik adik comel. Meow. haha. Diorang sangatlah menghiburkan hati. Besar pahala kucing yer dapat happykan banyak hati.
Last but not least, really hope that semua insan-insan yang Qisy kenal terutama family, umi ayah ika ija umar and semua akan dirahmati Allah walau dimana berada. Maybe ada yang dah lupa Qisy and ada juga yang Qisy dah kurang ingat. Semoga kita semua berkumpul kelal di Jannahtul Firdausi. Moga berjaya dunia dan akhirat. Aminn.
wif luv
SBR