Assalamualaikum
Alhamdulillah baharu selesai melibatkan diri dalam Daisuki camp. Syok sangat. Tenang hati dan jiwa . Dapat charge kembali bateri untuk rohani Qisy. Pulihkan semangat yang kian kontang. Ujian dunia buat diri lebih matang. Thanks Allah kerana kau masih mahu menguji hambaMu ini. Biarlah hati terluka berkali-kali atas khilaf sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, hanya hukuman mampu diterima setabahnya. Kemaafan bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Namun aku yakin, jika ada cinta kerana Allah, maka lembut hati kita untuk memaafkan. Sabarlah diri. Walau dihukum dengan khilaf yang mungkin kecil, tapi Allah tak nak dosa kecil itu lah yang menambah berat ke neraka jahannam. Lantaran itu hati kecil ini sakit diuji dugaan namum berlapang dada menerima, kerana Qisy tahu, it is a letter from Allah. My love. Sekurangnya, kenanglah kebaikan instead of kelemahan. Manusia tiada yang perfect.
Allah maha mengetahui.
wif luv
<3 p="" sbr="">3>
Tuesday, April 7, 2015
Thursday, January 29, 2015
SURAT DARI ADAM
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena itu kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
kerananya kau tak mempunyai persamaan.
Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh,
kerana ianya akan membuatkanku mengingatimu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Mengimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatkanku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak terhujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan nafsu diri,
berkelebat selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau dimanipulasi.
Kerana kau itu hanya manusia-hanya wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku,
terukir dalam kitab suci,
tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu,
karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an tangis do'amu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,
tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu,
melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Sunday, January 11, 2015
Pasrah Segalanya
Assalamualaikum.
Setiap dugaan pasti ada hadiahnya..Sabar wahai hati..Muhasabah diri..Mungkin kita tak nampak salah kita.. Maka Allah datangkan seseorang untuk mengingatkan.. Tak mungkin sahabat kita berkecil hati jika kita tidak menyinggungnya.. Sungguh, andai dia sahabat yang baik, pasti dia memaafkanmu.. Jika tidak doakan lah diri kita yang menjadi sahabat yang baik itu.. Bukan mudah bak kata-kata.. Namun boleh dicuba dengan upaya..
Pasrah Segalanya- DeHearty
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
Wif Luv
SBR
Wednesday, November 26, 2014
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
25 November 2014 genap umurku 25 tahun.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terima kasih umi kerana terpaksa bergadai nyawa demi melahirkan diri ini.
Terima kasih ayah kerana bermulalah tanggungan beban dosaku kepadamu.
Pertama kali dalam hidupku menyambut ulangtahun kelahiran tanpa keluarga di sisi.
Tanpa Ika, Ija, Umar
Pertama kali di bumi asing
Terharu rasa hati bila keluarga kecil di sini bersusah payah mengadakan kejutan
Terima kasih Durrah, Wafi, Zaman dan Adib kerana sedaya upaya menjayakan 'little birthday celebration'
Kek, pizza, kad dan hadiah (thankz Durrah untuk jam biru)
Terima kasih Mahfuz aka Botak sebab sudi masak asam pedas (kegemaran sebenarnya) dan Kavin sebab goreng telur katanya
Terima kasih housemates yang lain juga
Walaupun baharu kita saling mengenali
Kecil mungkin bagi kalian
Tapi besar bagi diriku
Bahagia hari itu mungkin akan ku kenang sampai hujung hembus nafas
Sampai syurga Innsha Allah
Terima kasih sahabat-sahabat yang mengingati hari ulangtahun ku
Ucapan dan doa yang diberi moga dimakbulkan
Semoga diriku ini berada dalam redha Allah
Ya Allah, pimpinlah diriku agar tidak berpaling dari hidayahmu
Berkatilah insan-insan yang menyayangi diri ini walau sekecil zarah
Permudahkan urusan mereka dunia akhirat
Sungguh kerana aku sayang mereka keranaMu ya Allah

Sunday, October 26, 2014
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah masih bernafas kerana Allah s.w.t sehingga hari ini. Kini, Qisy berada di bumi Allah yang indah lagi damai. Tanggal 29 September 2014, Qisy telah menjejakkan kaki di United Kingdom(UK) bagi meneruskan pengajian di Universiti of the West of England. Bahagia kerana impian kecilku tercapai kini. Tapi...Ingat! Perjuangan baru sahaja bermula. Jangan nak happy sangat Qisy. Huhu..
Pelbagai ujian terpaksa dihadapi sebelum Qisy akhirnya berada di sini. Namun, thankz to Allah I was destined to meet a new sweet family in Bristol. Bukan keluarga angkat yer kawan-kawan tapi housemates yang sangatlah memahami. I love them for the sake of Allah. FYI, Qisy tinggal bersama beberapa pelajar lelaki dari Malaysia. Hanya Qisy dan Durah girls in the house. OMG! Itu pasti terpacul dari mulut you all..Hmm..Hanya insan-insan yang rapat dengan Qisy tahu cerita disebalik tabir.
However, disebabkan kerana batasan pergaulan sebagai Muslimah, Qisy memang kurang berkomunikasi dengan mereka. Tambahan Qisy memang dikurniakan perasaan malu bila berhadapan kaum Adam ini. Terutama yang sebaya dan ke atas. Tapi Qisy memang akan kawal or cover bila ada urusan rasmi yang melibatkan komunikasi dua-hala dengan kaum Adam. I am a Muslim and Innsha Allah akan kekal sebagai Muslim sehingga ke syurga. Aminn.. Maka, batasan itu akan Qisy jaga sebaiknya. Innsha Allah..
Jadi, Qisy harap sangat housemates jangan terasa hati jika kurang mesra bila kita berkomunikasi. Bukan benci tapi tak mahu mengingkari aturan Ilahi. Sayang korang semua sebagai saudara se Islam. Korang jer tak tahu. Huhu..
Setiap manusia ada kelemahan dan tidak sempurna. Tapi, percayalah Allah dah bagitau wajib kita berusaha mencukupkan diri kita dengan cara yang terbaik yang kita termampu..Berhijrah dari semasa ke semasa menjadi lebih baik dari hari ke hari.. Kalaulah Qisy ada kuasa ajaib, rasa nak jer tukar orang-orang yang masih dalam kegelapan terus ke dalam cahaya. Itu kuasa Allah. Qisy cuma boleh doa doa doa doa doa.. Diri sendiri pun masih banyak perlu diperbaiki..Nukilan di blog ini pun yang paling mampu Qisy buat kerana kadangkala teguran tak terluah lantaran risau mereka terluka hati dan pergi lebih jauh ke arah kegelapan.
Risau hati Qisy bila melihat semakin ramai yang menukarkan perkara BATIL menjadi yang HAQ. Terutama sang pelaku yang masih jahil. Bimbang jika mereka yang Qisy sayang kian keras hati meneruskan kehidupan dalam kebatilan. Hanya Allah yang tahu Qisy nak mereka berubah, berubah ke arah yang lebih baik. Tinggalkan segala kegiatan yang mereka lakukan tanpa rasa bersalah. Ya Allah, mereka orang yang punyai hati suci, pimpinlah hati mereka ke jalan-Mu ya Allah..
MARAH bila melihat syaitan berjaya menghayutkan para generasi yang bakal menjadi pemimpin Islam dengan hiburan duniawi yang bersifat tidak kekal. Maafkan diri ini kerana tak cukup kuat untuk menarik kalian dari lembah hina itu. Doa sahaja mampu Qisy sampaikan untuk kalian. Tapi percayalah, Qisy nak sangat cakap dengan korang depan-depan..Nak marah supaya tak buat lagi aktiviti tak bermanfaat itu..Dosa kecil jika sering dilakukan akhirnya akan menjadi dosa besar. Qisy selalu ingatkan diri Qisy. Qisy pun tak sempurna. Please janganlah contohi orangnya, tapi dengarilah nasihatnya..
Kembalilah..Kembalilah ke jalan Allah s.w.t..Jalan menuju syurga yang kekal nikmatnya selamanya..Nasihatilah juga diri ini jika tersilap..Jangan biarkan aku juga hanyut dalam penjara dunia ini..
Gambar kenangan bersama keluarga kecil Qisy di UK..Thanks korang sebab banyak membantu Qisy dan kawan-kawan yang baharu nak hidup di sini..Kuranglah sedikit rasa homesick bila berada jauh dengan keluarga dan sahabat-sahabat karib di Malaysia. Especially bab makanan..Huhu.
Moga Allah berkati hidup kalian walau dimana berada.. Aminn..
wif luv
<3 p="" sbr="">
3>

![]() |
| Sambutan Hari Raya Aidiladha Bergambar bersama housemates and friends |
![]() |
| Housemates and friends |
Gambar kenangan bersama keluarga kecil Qisy di UK..Thanks korang sebab banyak membantu Qisy dan kawan-kawan yang baharu nak hidup di sini..Kuranglah sedikit rasa homesick bila berada jauh dengan keluarga dan sahabat-sahabat karib di Malaysia. Especially bab makanan..Huhu.
Moga Allah berkati hidup kalian walau dimana berada.. Aminn..
wif luv
<3 p="" sbr="">
3>
Tuesday, May 20, 2014
ALA ALA MUSLIMAH
Fuhh! Fuhh! Berhabuk. (uhuk! uhuk!)
Terbatuk I tengok blog yang bersawang
Ops! ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang (Quote : Maria Elena)
Huhu
Okay, this post is my first post since last year. Its been a while for me. Banyak sebenarnya nak dicurahkan, tapi kesuntukan masa dan kekurangan fokus menyebabkan segalanya tergendala. Before that, nak mintak sesiapa sahaja yang baca blog ini doakan Qisy dapat result yang best dalam IELTS. Maybe dalam next post Qisy akan clarify sedikit sebanyak about IELTS. Pada saat mengarang coretan ini, Qisy dah hampir 2 bulan meninggalkan SMK Bandar Seri Alam. Nanti cerita okay. Entry kali ini ada isu yang Qisy rasa sangat sensitif. Huhu. Lets start!
Ceritanya bermula begini...
Qisy pergi ronda ronda butik perkahwinan dua hari lepas. Dari sebuah ke sebuah butik Qisy lawati. Tapi kami tak berkenan dengan baju baju pengantin yang ditawarkan. Disebabkan oleh beberapa faktor seperti cutting, material, harga dan servis. Alhamdulillah layanan mereka amatlah baik. Tetapi yang menyedihkan, bila kami bertanya tentang beberapa pattern baju, hampir semua akan menyebut "Owh kami tak sediakan yang ala ala muslimah ni dik." Pelik aneh hairan semua ada. Kami tak cakap pun "ala ala muslimah". Just tunjuk pattern yang we all rasa berkenan di hati. But, kitaorang diam jer. Sampailah ke akhir butik..
"Wah! Cantik ni baju nih. Sesuai sangat. Kak, veil dia boleh tak nak tengok?"
Akak tu keluarkan dua jenis veil. Well, we all memang tak pernah ada pengalaman kahwin kahwin ni. So, kenalan Qisy yang try baju tu cakap dia sangat berkenan dengan baju tu, tambahan bila dipakai bersama veil yang diberikan. Sedang kami berasa teruja, boleh lah pulak akak ni cakap "Sweet kan. Akak memang sediakan veil panjang tuh. Sebab ada orang yang suka gaya ala-ala muslimah".Pergh! Panas hati!
Wahai akak akak akak akak owner yang comel semua. Setiap butik yang saya masuk, semua owner ialah Islam. Saya ni pun seorang Islam! Kenapa nak cakap "ala-ala muslimah" ? Qisy tak faham lah. Setahunya, kita guna perkataan "ala-ala barat" bila mengenakan pakaian atau fesyen dari Negara Barat. Sebab, kita bukan orang barat. Dah tu, ala-ala muslimah? Means macam kita ni bukan orang Islam pulak. Walaupun nampak remeh, tapi dengan gelak gelak sinis akak akak tuh, Qisy seriously sangat terasa marah. Jagalah perkataan.
Muslimah bermaksud gadis atau wanita Islam. So, semua wanita gadis adik akak makcik yang beragama Islam ialah Muslimah. Again, MUSLIMAH! Ya Allah ramainya muslim yang tak ambil peduli tentang aqidah. Perkataan begini boleh melambangkan seseorang itu dah hampir terpesong aqidah nya.
Actually, bukan sahaja di butik pengantin tempoh hari, tetapi terlalu ramai yang menganggap perkara ini hanya permainan. "Alahai muslimahnya diaaaa.." "Wah comelnya budak tuh.Bila lah aku nak jadi ala muslimah macam dia?" "Sorry okay. Saya bukan ala muslimah macam dia".
Elak lah dari menggunakan perkataan ala-ala muslimah. Tak kira lah awak tak bertudung ke, berpakaian seksi ke. Jika beragama Islam, awak still a muslimah dear. Briefly, I am a muslimah. I don't ever want to be just ala-ala muslimah. Nauzubillah. So, stop saying " You muslimah, I belum sampai seru nak jadi muslimah macam you." Sumbat kang bibirmu yang mungil itu dengan cekelat.
Anda sendiri yang membandingkan diri dengan yang lain. Jika melihat perkara yang baik, mengapa tidak dicontohi. Mengapa perlu bertangguh. Tak perlulah nak cakap belum sampai seruan. Seruan Allah dah lama tertulis dalam Al-Quran. Muslimah haruslah menutup aurat. Jika anda seorang Muslim, maka jalankan tanggungjawabmu. Jangan pernah berputus asa untuk bertaubat. Allah sentiasa sayangkan hambaNya.
Mungkin hari ini kita belum lagi mampu digelar muslimah sejati, innsya Allah dengan usaha, doa dan tawakkal, kita tidak mustahil menjadi yang lebih baik dari muslimah yang pernah memandang rendah kepada kita. Walaupun begitu, jangan pernah ada sifat dendam dalam hati. Wanita memang tinggi rasa cemburu, tapi akal yang bijak mampu mengawal cemburu itu menjadi positif. Tuluskan hati walaupun berat. Bulatkan niat kerana Allah, innsya Allah ringan segalanya.
Wallahuaklam

Monday, December 9, 2013
KALAU NAMPAK PAHALA, PASTI RAMAI TERKEJAR-KEJAR
Assalamualaikum
Hello guys!!
Minggu ini sepatutnya adalah minggu kemuncak untuk Qisy. Pelik bunyi nya. SPM? PMR? haha..Bukan okay. Semua itu dah berakhir. Ini berkaitan beberapa permohonan yang Qisy buat iaitu Loan Kereta, Test Psikometrik and few jobs interview. Kalau mengikut yang dijanjikan, semua result akan keluar this week. Hanya Allah yang tahu betapa Qisy teramat takut. Kadangkala tak yakin. Dapat ke aku? Tapi orang kata kita berfikiran positif, jadi yang datang kepada kita Inn Sha Allah perkara yang positif. Seriously, letih menunggu benda yang tak pasti. Tapi Qisy tetap kuatkan semangat. Sekarang pun hobi baru Qisy, termenung ja. Dah macam orang putus cinta. Ish ish ish. Allah kan kekasih Qisy. So, I know He will not any chance pun akan leave me alone. Alhamdulillah Allah bagi rasa ini kepada Qisy. Oh ye, Alhamdulillah, Qisy dah pun bergraduasi. Thankz again to Allah, me Siti Balqisy Binti Razali won the Overall Best Student Of Kolej Profesional MARA 2013 Malaysia distinct. Pastuh menang pulok Pearson International Best Performance Award 2013. Pastuh satu lagi I gondol, Mara Outstanding Performance Award 2013. Semua ni adalah nikmat Allah. Tak mampu nak dizahirkan betapa bersyukurnya Qisy. Setelah pelbagai ujian Allah beri semasa di kolej, akhirnya Dia kurniakan hambanya yang hina ini dengan nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah. Yakinlah dengan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk Qisy.
Alright, back to the main topic. Kalaulah pahala kita boleh nampak macam mana dia terbang melayang..Fuhh! Mesti semua orang nak buat kebajikan. Semalam, Qisy pergi kedai buku dengan Ika, my sister and Rita, my friend. Actually temankan si Ika ni nak cari buku pasal perkahwinan. So, alang-alang tuh, Qisy pun cari lah al-Quran yang ada tafsir. Sebab Qisy punya al-Quran hilang. Tak seronok bila nak share2 nih. Tiba-tiba, Ika cakap: "Kalau kakak nak al-Quran ambik jer. Ika bayar. Sebagai present for your birthday." Haha. Memang syok beb, nak dapat quran freeee. BUT , Qisy cakap, : "Takpe. Kakak nak bayar sendiri." Pelik tak guys. Lepastu kisah nak belanja quran tuh, berlanjutan sampaikan akhirnya masa nak beli tengok takda rupanya quran yang ada tafsir kat kedai tu. Habis katanya. Hhuhuu..Dua-dua melepas nak buat pahala. YEAH! itu lah sebenarnya. Dulu ketika lagi di zaman-zaman full dengan kejahilan, Qisy memang berfikir panjang kalau nak invest duit ke arah benda2 nih. Ish ish..tapi bila sekarang, dah sedar yang duit kita guna untuk beli barang, itu semua akan disoal. Uish.Takut tau. Nanti Allah tanya, ceq nak jawab apa. Bila fikir yang Ika belikan AL-quran tu nanti, setiap kali Qisy baca, confirm pahala pun Ika dapat. Perh! Mana boleh. hahaha..Its mine. Tamak pulak yer. Itulah Qisy cakap, ini baru Allah beri kesedaran tentang pahala berbelanja. Belum lagi Allah buka hijab, nampak pahala tu shiuuuuuunggg flying everywhere. Hambeq, mesti lagi ramai berbunuhan kot nak kejar pahala. Subhanallah.
Sampai sini dulu butir coretan Qisy kali ini. Yang baik jadikan iktibar yer. Yang buruk tuh, maafkanlah. Doakan diri ini menjadi lebih baik dari saat ini. Muah.. Wallahua'lam.
wif luv
SBR
Hello guys!!
Minggu ini sepatutnya adalah minggu kemuncak untuk Qisy. Pelik bunyi nya. SPM? PMR? haha..Bukan okay. Semua itu dah berakhir. Ini berkaitan beberapa permohonan yang Qisy buat iaitu Loan Kereta, Test Psikometrik and few jobs interview. Kalau mengikut yang dijanjikan, semua result akan keluar this week. Hanya Allah yang tahu betapa Qisy teramat takut. Kadangkala tak yakin. Dapat ke aku? Tapi orang kata kita berfikiran positif, jadi yang datang kepada kita Inn Sha Allah perkara yang positif. Seriously, letih menunggu benda yang tak pasti. Tapi Qisy tetap kuatkan semangat. Sekarang pun hobi baru Qisy, termenung ja. Dah macam orang putus cinta. Ish ish ish. Allah kan kekasih Qisy. So, I know He will not any chance pun akan leave me alone. Alhamdulillah Allah bagi rasa ini kepada Qisy. Oh ye, Alhamdulillah, Qisy dah pun bergraduasi. Thankz again to Allah, me Siti Balqisy Binti Razali won the Overall Best Student Of Kolej Profesional MARA 2013 Malaysia distinct. Pastuh menang pulok Pearson International Best Performance Award 2013. Pastuh satu lagi I gondol, Mara Outstanding Performance Award 2013. Semua ni adalah nikmat Allah. Tak mampu nak dizahirkan betapa bersyukurnya Qisy. Setelah pelbagai ujian Allah beri semasa di kolej, akhirnya Dia kurniakan hambanya yang hina ini dengan nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah. Yakinlah dengan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk Qisy.
![]() |
| Overall Best Student Award bersama Umi dan Datuk Ketua Pengarah MARA |
Sampai sini dulu butir coretan Qisy kali ini. Yang baik jadikan iktibar yer. Yang buruk tuh, maafkanlah. Doakan diri ini menjadi lebih baik dari saat ini. Muah.. Wallahua'lam.
wif luv
SBR
Subscribe to:
Posts (Atom)