Assalamualaikum..
Hari ini Qisy tersentap seketika selepas terbaca blog seseorang tentang ajal kita. Bila-bila masa sahaja ajal akan datang melamar kita. Aku tertinggal sesuatu yang belum sempat aku selesaikan..Sahabat-sahabatku kaum Hawa.Aku rasa bersalah.Mereka aku tinggalkan dalam keadaan yang masih lagi dibuai dunia.Dulu aku putus harapan,usaha yang aku buat rasa sia-sia. Letih aku nasihatkan jaga aurat,jaga iman.Kini dah semakin ramai sahabt2ku hanyut dalam alam yang dikaburkan dengan kemegahan,kecantikan,glamour dan macam lagi yang membawa mereka ke lorong neraka jahannam.Fikiran aku terbayang2 aku disaman di akhirat kelak kerana lari dari tanggungjawabku sebagai pejuang islam..Mungkin aku bukan kaum Adam yang punyai tenaga berjihad di medan perang,tapi aku juga mengidamkan syahid ketika berjuang fi sabilillah. Ya,inilah antara satu jihad yang terdaya aku laksanakan.Selamatkan saudara-saudaraku..Sedih sebenarnya melihat iman dalam hatiku yang amat amat amat lemah.Aku hanya mampu berdoa bila lihat maksiat yang dilakukan terang-terangan.Salah diri sendiri yang tidak mantap, sehingga nasihat-nasihatku dipandang sinis. "Nak nasihat orang,tapi diri sendiri pun macam bagus sangat."..Suara aku langsung tidak diladeni..Aku bersuara dengan lantang tapi cepat dipintas oleh sesiapapun..Itulah kelemahan yang aku baiki dari hari ke hari..Tapi aku tidak putus usaha,pernah aku carik "pembesar suara" untuk menolong diriku.Namun,hampa mereka hanya dapat menyekat harapanku.Ketika itu aku pasrah dan berehat dari kelelahan sehingga hari ini baru aku bangun kembali..

Dengar atau tidak,aku sudah tidak endah..Aku hanya akan terus bertindak walaupun aku akan menjadi asing.Asing dari dunia yang sementara ini. Bayangan di mataku ingin aku penuhkan dengan suasana di dalam Al-Jannah Allah bersama keluarga,saudara2 seislam dan sahabat2 kesayanganku..Moga dapat bersama melintasi titian sirat dengan senyuman terukir di mata.. Sahabat sedarlah sayang,auratmu menjadi senjata syaitan untuk menyesatkan manusia. Jagalah.
Harapan tinggi ingin melihat kalian berubah.Mungkin aku bukan contoh terbaik untuk kalian,tapi cariklah yang terbaik dalam diri ini untuk kalian contohi.. Perit jiwa aku bila kita berjalan berpimpin tangan disekeliling ada sahaja mata kaum Adam yang terpana melihat keindahan ciptaan tuhan pada diri kalian yang sengaja ditayang penuh bangga. Caramu sudah aku ikuti untuk aku faham dunia kalian agar aku boleh membawa pula kalian ke dunia yang aku kenali dari Al-Quran dan sunnah.Aku harap sangat walau sedetik cuma ingin aku lihat kalian ikuti cara Islam.Cara seorang muslimah sejati.Dengar pada nasihatku.Walau sesaat. Percayalah kalian akan terasa betapa indah nikmatnya menjadi Islam beriman..Menjadi muslim bergaya dengan hati yang penuh iman,ber'make-up'kan wudu' dan dihiasi dengan peribadi Rasulullah SAW..
"Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan,
beraninya mengatasi pahlawan,
cinta bukan pada gambaran,
rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan…"
Ya Allah bantulah hambamu ini untuk megukuhkan tembok imannya agar dapat menjadi pendorong kepada yang lai. Jadikanlah aku asbab laluan hidayah-Mu kepada sahabat-sahabatku ..Tutuplah aurat kawan-kawan..
Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis-Copy daripada IluvIslam.com.
1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
p/s:Korang,delete lah pic2 yang tidak menutup aurat di Facebook,Myspace dan yang seumpama dengannya.Andai ada kaum Adam yang memuji,itulah antara manusia yang telah disesatkan oleh syaitan dengan bersenjatakan engkau kawan. Tegur tanda sayang korang,marah kerana cintakan Islam..
Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang engkau lari daripadanya, maka
sesungguhnya, kematian itu akan menemui engkau.”
(al-Jumu’ah 62:8)
(al-Jumu’ah 62:8)