Friday, June 11, 2010

Emosi seorang pencinta Allah.

Assalamualaikum.


Hati adalah segumpal darah yang paling mudah untuk tersentuh..Pelbagai perasaan boleh dikeluarkan jika hati disentuh.Gembira,duka,kasih,benci,marah dan macam2 lagi.Tapi percayalah tiada sentuhan yang terbaik daripada sentuhan cinta dari Allah..Jika kita gembira ingatlah jangan terlalu bahagia sehingga riak dan takbur.Itulah antara ujian yang Allah beri..




Ujian dari Allah bukan sahaja ujian kesedihan,kekecewaan, tetapi kebahagiaan juga suatu ujian.Allah nak uji samada kita akan bersyukur dan ingat kepadanya..





Saya petik sedikit dari mesej yang diberi oleh sahabat ketika saya bersedih hati suatu waktu dahulu..


" Bila engkau memandang segalanya dari Allah,

yang mencipta segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sakit hatimu,

yang membuatkan keinginanmu terhalang,

serta menyusahkan hidupmu,

pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja

mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,

retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang DIA mahu

kerana DIA tahu hati yang sebeginilah lebih lunak dan mudah

untuk dekat dan akrab dengan-NYA."




Qisy harap sesiapa yang baca, sematkan dalam hati kehidupan sebenar kita diakhirat nanti.. Bukan dunia.Banyakkanlah berfikir tentang akhirat dan beramal untuk bersiap siaga ke akhirat kelak..Beremosilah hanya kerana Allah..Jangan biarkan emosi kita disebabkan hal dunia...Rugi.
Allahualam..

No comments:

Post a Comment