Saturday, October 23, 2010

PERINGATAN DARI ALLAH



Salam..

Hari penuh bersejarah, 21 hb Oktober 2010..
Baru sikit jer nih Allah jentik hamba-hambanya yang dah alpa dari ingatkan Dia..
Antara orang yang terngadah masa tuh ialah aku. Astaghfirullah
alazim..Ya Allah ampunkan dosaku..Kejadian yang menimpa asrama kami nih sebenarnya ada hikmahnya. Dulu pernah aku diuji perkara yang sama di tempat yang sama dan tahun yang sama.
Padan muka aku..Allah bagi peringatan dalam al-Quran baik2 tapi aku lalai.. Sekarang Allah bg aku peringatan yang memang aku ingat sangat2..
Masa nih lah baru semua huru hara carik Al-Quran.. Nak baca yassin ,nak berzikir..
Dengan menggigil2 aku mintak pertolongan dari Allah.. Bodoh!

Aku berharap kejadian nih akan membuatkan aku istiqamah dalam mengingati dan mencintai Allah..Aku yakin tiada kuasa lagi pon yang dapat menandingi kuasa Allah yang maha hebatnya..

Aku yakin peringatan ini adalah tanda cintanya Allah pada aku.. Dia tak nak aku terus terlalai dan terbuai dengan dunia..Aku memang rasa sangat lemah bila diuji begini..sangat lemah.. Aku pon kadang2 rasa hampir putus asa nak hidup..Macam-macam persoalan kat benak nih timbul..
Tapi bila aku ingat balik ini adalah peringatan dari Allah, aku sedar yang ada hikmah disebaiknya..Aku cuba motivate diri aku yang memang dah
sangat-sangat lemah ketika ini..

Hingga semalam aku baca sebuah artikel dari i luv islam.com, keyakinan diri aku kian bertambah.. Aku nak semua orang yang macam aku tingkatkan semula semangat diorang. waaupun sikit, tapi yang penting meningkat..Aku berpegang pada kata naqibah usrah aku, Kak Sarah, iman biar jatuh sikit tapi lepastuh bertambah banyak..Biar graf iman tuh turun sikit tapi membukit tinggi setelah turun...Macam tuhlah semangatku kini.. Aku akan jaga graf tuh agar terus meniggi dan meninggi..Aku pun nak semua saudara Islam ku sentiasa berada dalam peningkatan..


Soalan-soalan di bawah ni aku petik dari artikel yang dibaca...Soalan-soalan nih memang pernah aku persoalkan dalam diri..Betapa agungnya Allah S.W.T dia dah jawab lama dah soalan tuh dalam al-Quran..Cuma aku sebagai hamba yang tak nak mencari jawapan dari Maha Pengasih...

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangk
an mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

Qisy harap semua yang baca post nih cepat-cepatlah sedarkan diri..Okeh..

Wassalam..

Sunday, October 10, 2010

HATI AKU DAH TENANG

Assalamualaikum..

Lama betul nih tak update blog nih..Sebenarnya banyak sangat2 nak share..Tapi kurang ada masa lah untuk melayan internet..

Hari ni Qisy terbaca beberapa hadis dan nak share tentang apa yang Qisy faham pasal hadis nih.. Qisy tergerak nak share pun sebab semua hadis nih banyak menjawab persoalan hati Qisy tentang beberapa perkara yang jadi selama hidup kat dunia nih..

Okeh dimulakan dengan hadis pertama:

Jangan pentingkan diri sendiri.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
(Muslim)


Qisy rasa bersalah pada kawan2 sebab paksa diorang untuk masuk pantun..Sebenarnya Qisy lupa nak tanya diorang setuju atau tak untuk masuk pantun..Main masukkkan nama jer.. Qisy macam ingat semua orang suka apa yang Qisy suka..Terlupa plak..Dah tuh baru dapat tau yang diorang langsung tak nak..So, sekarang Qisy cuba tak nak paksa diorang..Qisy akan usaha untuk buat sendiri..Sebenarnya seronok kalau dapat gi ramai-ramai..Tapi kena ingat tak semua hati orang sama..

Okeh yang kedua:

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim


Kat sini plak Qisy nak share pasal sikap diri nih yang senang jer nak benci tgk orang yang suka sgt wat salah.. Sakit hati bila tengok orang buat salah tapi tak nak cuba memperbetulkan kesilapan yang dia buat,..Malah ada yang langsung tak nak usaha untuk baiki diri walaupun dah di tegur banyak kali.. Qisy tak suka menjahati orang..Kalau boleh nak syg semua org tanpa ada perasaan marah atau benci..Bila baca hadis nih,rasa lega sikit hati..Maknanya tak kisah lah kalo Qisy dah buat baik tapi orang balas buruk.. Sebab backup Qisy lagi kuat dari apapun kat dunia nih..Allah S.W.T.. cakap sapa berani kaco Qisy!!huhu..


Okehlah..Oleh kerana da kesuntukan masa.. Dina pon dah ajak naik bilik,so Qisy stop kat sini..
Kepada semua yang baca apa Qisy tulis, Qisy harap korang terimalah setiap nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka.. Lagi satu jangan lah benci manusia sewenang-wenangnya. Jadilah orang yang bersabar..Oh ye kpd orang yang selalu kena tegur,korang kena bersyukur sebab Allah masih sayang korang.Sebab tu dia hantar orang untuk selamatkan korang.. Jangan nanti satu hari langsung takde orang pedulikan diri korang,barulah rasa camne pengangan kalau cinta Allah dah takde..

OKEH WASSALAM.