Sunday, October 10, 2010

HATI AKU DAH TENANG

Assalamualaikum..

Lama betul nih tak update blog nih..Sebenarnya banyak sangat2 nak share..Tapi kurang ada masa lah untuk melayan internet..

Hari ni Qisy terbaca beberapa hadis dan nak share tentang apa yang Qisy faham pasal hadis nih.. Qisy tergerak nak share pun sebab semua hadis nih banyak menjawab persoalan hati Qisy tentang beberapa perkara yang jadi selama hidup kat dunia nih..

Okeh dimulakan dengan hadis pertama:

Jangan pentingkan diri sendiri.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
(Muslim)


Qisy rasa bersalah pada kawan2 sebab paksa diorang untuk masuk pantun..Sebenarnya Qisy lupa nak tanya diorang setuju atau tak untuk masuk pantun..Main masukkkan nama jer.. Qisy macam ingat semua orang suka apa yang Qisy suka..Terlupa plak..Dah tuh baru dapat tau yang diorang langsung tak nak..So, sekarang Qisy cuba tak nak paksa diorang..Qisy akan usaha untuk buat sendiri..Sebenarnya seronok kalau dapat gi ramai-ramai..Tapi kena ingat tak semua hati orang sama..

Okeh yang kedua:

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim


Kat sini plak Qisy nak share pasal sikap diri nih yang senang jer nak benci tgk orang yang suka sgt wat salah.. Sakit hati bila tengok orang buat salah tapi tak nak cuba memperbetulkan kesilapan yang dia buat,..Malah ada yang langsung tak nak usaha untuk baiki diri walaupun dah di tegur banyak kali.. Qisy tak suka menjahati orang..Kalau boleh nak syg semua org tanpa ada perasaan marah atau benci..Bila baca hadis nih,rasa lega sikit hati..Maknanya tak kisah lah kalo Qisy dah buat baik tapi orang balas buruk.. Sebab backup Qisy lagi kuat dari apapun kat dunia nih..Allah S.W.T.. cakap sapa berani kaco Qisy!!huhu..


Okehlah..Oleh kerana da kesuntukan masa.. Dina pon dah ajak naik bilik,so Qisy stop kat sini..
Kepada semua yang baca apa Qisy tulis, Qisy harap korang terimalah setiap nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka.. Lagi satu jangan lah benci manusia sewenang-wenangnya. Jadilah orang yang bersabar..Oh ye kpd orang yang selalu kena tegur,korang kena bersyukur sebab Allah masih sayang korang.Sebab tu dia hantar orang untuk selamatkan korang.. Jangan nanti satu hari langsung takde orang pedulikan diri korang,barulah rasa camne pengangan kalau cinta Allah dah takde..

OKEH WASSALAM.

No comments:

Post a Comment