Hari ni adalah hari kelahiran aku.Hari di mana umi terpaksa bertarung nyawa demi mengeluarkan satu nyawa lagi iaitu aku..Pengorbanan yang terbesar yang memang aku tak tahu apa yang aku boleh buat atau beri untuknya. Mungkin aku dapat juga balas jasa.Tapi tak cukup dan terlalu sikit nilainya untuk dibandingkan dengan pengorbanan umi..Dan sehingga hari ini cukuplah 21 tahun aku berhutang dengan umi. Hutang nyawa,duit,budi dan macam2 lagi..Cemburu juga dengan umi sebab dia dah pernah berkorban dengan seikhlas jiwa.Entah sempat atau tak agaknya aku nak merasa semua tu..
Dan kini aku semakin faham mengapa aku perlu patuh kepada ibu..Menghormatinya sepenuh hati. Walaupun hanya perkataan "uh" yang kita keluarkan pada ibu sudah cukup membuatkan ibu terasa. Aku sangat faham kerana setiap insan ingin dihargai dan dibalasi dengan sesuatu yang menggembirakan setelah separuh mati berkorban untuk orang lain..Namun sudah ditakdirkan bahawa mereka memang insan mulia.Mereka tak mahu mengungkit atau meminta untuk diingati atau dibalasi..Benar,memang aku kian faham..Ucapan Alhamdulillah kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu yang telah membentuk aku dengan jalan keimanan. Walaupun taqwaku tidak setinggi para anbiya',namun aku sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslimah..Terima kasih umi kerana sanggup menumpangkan perutmu untuk aku menjengah unia yang indah ini..Huhu...Jiwang pulak...Sayang umi..
Hmm..Lyana(ude),Dina dan Syera!!!!!Memang ea korang...
Anyway, ini adalah pertama kalinya aku merasa tarikh ulangtahunku pada musim belajar...Sepanjang 21 tahun hidup kat dunia nih,aku tak pernah dapat jumpa tarikh lahir aku pada hari sekolah pon..Dan inilah pertama kalinya aku di sambut dengan "meriahnya" oleh kawan2..Waaah....Tak sukenya...Tapi suke jugak sebab ada orang ingat tarikh lahir kta...Rasa jugak la diingati..
Hmmm..Meh sini aku nak cerita macam mana budak 3 orang nih menyambut birthday aku dengan "meriahnya"...Haha..Selepas kitorang balik jer dari keje(buat air kat cafe kolej), kitorang terus rehat2...Masa tuh dah pukul 11.30..Kitorang semua letih giler..Belom solat Isya' lagi... Ish..Tapi letih lah pulak harituh..Adalah beberapa orang sahabat2ku call aku untuk wish besday.. Termasuk lah si Syera,Dina n Ude nih...Diorang pon wish jugak..So,aku pun memang happy la kan...huhu..terkembang kempis rasa hidung nih..Dah agak lama melepak,aku pun ajak Dina n Syera mandi..Tapi diorang kata tak nak mandi..Jadi,aku pun gerak lah sorang-sorang...Tapi naluri aku macam dapat rasa yang diorang nak buat sesuatu..Mungkin aku terlebih berharap kot..huhu...Yelahkan tak pernah ada pengalaman sambut besday kat asrama or sekolah..
Tengah-tengah aku mandi,aku dengar Dina masuk toilet...Dia kata dia nak mandi..Aku memang belum dapat kesan apa2 masa nih..Sebab Dina memang selalu mandi malam..Mandilah mandi dengan seronoknya..Oleh kerana diorang tak buat apa2,aku macam biasa pergilah buat naya kat Dina...Aku baling air kat dia...huhu..Saja menyakat..Memang aku selalu buat kat Syera and Ude.. Tak lama kemudian aku dengar suara Syera n Ude masuk toilet..Masih lagi tak dapat kesan apa2..Sampailah satu tahap,tiba2 Ude tanya Dina and aku toilet nombor berapa. Hmmm... Jeng jeng jeng...Dah dapat rasa yer disitu ada sesuatu yer...Kehkehkeh...Aku teruskan mandi tanpa memperdulikan diorang..
Tapi aku masih lagi nak dengki diorang.So,aku masukkan air dalam plastik yang ada dalam bakul mandi aku..Aku ingat nak baling kat Dina...Tapi bila aku panggil2 sorang pun tak jawab...Haik? Senyap tiba2?Huhu...Geli hati aku...Dah dapat agak dah...Pelepushhhh!!!!Diorang simbah air campur clorox kat aku...Tak kena sangat tapi tetap terkena..Busuk!Beberapa das baldi air diorang tembak kat aku...Tapi banyak yang tersasar..Fuhh selamat...Oleh kerana dah busuk aku teruskan mandi..Aku mintak diorang ambilkan syampu tapi suara mereka hilang sekali lagi...Hmmm...apa lagi lah tu...Aku tetap teruskan mandi sehinggalah beberapa minit kemudian aku siap mandi..Oleh kerana aku memang dah dapat rasa sesuatu, aku bukak daun pintu tu perlahan-lahan..Taraaa!!! Aku nampak Syera dekat toilet depan toilet aku...Hihi..Kantoi...Dia terkesima nampak aku...Dan akibat dari itu dia terlambat memancitkan air ke arah aku...hahaha..Aku terselamat..kehekeh...toilet seterusnya ada Ude,dia pon sama terpakai selipar licin,oleh itu terlambat bertindak...Apatah lagi Dina...Aku terkena cebisan jer...Ude tak puas hati jadi dia kejar aku sampailah luar toilet..Oleh kerana aku dalam tangan yang penuh memgang bakul dan baju,aku tak dapat nak lari dari terkena simbahan Ude..Hihi..
Okeh aku tewas...Huhu..Tak pe..Aku tak marah..Bahagia lagi ada..Bila aku balik dari toilet lepas dah mandi kali kedua,aku tengok tilam n bantal dah basah.Amboi2 kureng asam punya kawan...Hmmm tekpelah...Aiman tak kisah..
Jadi begitulah kali pertama aku menyambut ulangtahun tidak dengan family dan bagiku tarikh ini amatlah penting bagiku..Thank umi...huhu...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment