Wednesday, September 7, 2011

TYPICAL PEOPLE

Assalamualaikum..

Semakin hari semakin takut saya mendengar komen-komen yang sangat tidak open minded. Beberapa hari ini saya bertembung dengan komen dari empat orang yang berlainan..Walaupun hanay empat orang.Tapi saya rasa itu sudah cukup mewakili berbilion lagi insan yang sama seperti mereka..Saya terpaksa gelar diorang typical people.

Komen pertama:
Saya terbaca komen di sebuah group di Facebook. Beliau adalah seorang pelajar lelaki. Saya agak sebal bila dia tanpa rasa bersalah membesarkan perkara yang sangat kecil..Dia tidak puas hati dengan sebuah group dakwah di FB yang mem'private'kan group itu.Beliau memberitahu, katanya ingin menyebar dakwah, tapi main private2 pula..Saya memang tidak tahu untuk membidas apa yang beliau katakan tetapi saya ada membalas kepada beliau, mungkin group itu ada alasan tersendiri..Kerana group yang saya join tidak pulabegitu..Kalau ada pun muslimah sahaja. Seterusnya dia bertanya saya..Apa alasannya..Aduhai saudara, awak ada akal, mengapa tidak diguna. Bukan saya yang vreate group itu..Manalah saya tahu.. Selepas itu saya balas semula, saya bagitahu dia jika tidak tahu apa alasannya, jangan bertindak melulu hendak memburukkan group itu..Terutama ia berkaitan dengan Islam..Tak sopan sungguh.Memang saya geram..Tapi Alhamdulillah, beliau memadam post beliau itu tanpa sempat di komen oleh orang lain..Saya sendiri pun pening. Jika pasal dakwah, cepat sahaja nak melenting..Tak pula dia post di wall FB tu, kenapa Datuk Siti Nur Haliza private kan nombor phone.. Kata ramai peminat..hehehe..Jangan marah yer Datuk Siti..

Komen ke-2:
Saya terbaca status seorang kawan yang saya tidak kenali di FB..Beliau adalah seorang wanita.. Beliau sangat marah pada golongan bertudung. Beliau mengatakan bahawa tidak semua wanita bertudung itu akan jadi ahli syurga. Mungkin cara orang yang menegur beliau membuatkan beliau berasa sakit hati..Namun, beliau masih punya akal untk menjadi waras dalam berfikir. Terimalah nasihat tersebut dengan hati terbuka..Jika yang bertudung tidak semestinya menjadi ahli syurga, lantas yang tidak bertudung bolehlah saya katakan semua ahli neraka selagi dia tidak mahu bertudung..Bertudung adalah tuntutan agama.. Wanita wajib menutup aurat.. Bukan saya kata. Tapi Allah yang kata dalam al-quran..Wanita wajib menutup aurat...secara jujur, jika saya adalah Alien yang terpaksa mengenalpasti antara muslimah dengan bukan muslimah, saya akan kenal ciri-ciri muslimah..Iaitu yang bertudung ialah muslimah.Tidak bertudung adalah bukan muslimah..Boleh begitu?

Komen ketiga:
Saya ada reply satu post seorang pelajar lelaki di group kolej saya di FB. Post itu mengatakan walau setinggi mana pendidikan seorang wanita itu, jika tida tahu memasak, 50% daripada hantaran boleh dikurangkan..Post ini berbentuk gurauan..lalu saya membalas dalam bentuk bergurau juga, jika lelaki yang tidak fasih tajwidnya dalam al-fatihah 100% akan di'reject..Beliau membalas bahawa tidak semua wanita yang akan buat begitu..menurut beliau nobody is perfect..Owh bagi saya sangatlah tipikal respon itu..Tidak perlulah nak bagitahu..Saya rasa semua orang tahu bahawa tiada insan yang sempurna dalam alam ini..Dan saya bagitahu beliau bahawa tajwid adalah wajib..semua orang wajib belajar..Ini bermaksud semua orang wajib menjadikan tajwid mereka ke arah yang semaksimumnya hampir sempurna. Tolonglah faham bahawa tajwid adalah wajib di pelajari..Bukan wajib untuk hebat.Cukup sekadar mempelajari sehabis usaha..Jangan pula nak duduk goyang kaki..

Komen keempat:
Seseorang hamba Allah telah bercerita kepada saya..Dia kalau dengar junior2 dia pergi usrah, dia mesti cakap, bagus sangat ke orang yang bernama naqibah tu..hebat sangat ke pengetahuan agama dia. dia ada juga mengatakan bahawa sesiapa yang tahu maksud naqibah, pasti tidak akan nahu menjadi naqibah..sebab naqibah mesti perfect ilmu agamanya..Huh..sedih sangat mendengarnya..belum sempat saya membalasnya, dia sudah pun terpaksa pulang..perbualan tergantung..sayang, usrah sangat seronok..usrah itu keluarga..Ia bukan tempat untuk menerima sahaja..tapi SHARE..naqibah adalah seorang yang membantu kita untuk conduct family usrah kita supaya tak tersasar..bukan menjadi cikgu or pensyarah yang mengajar...sangat bahagia rasanya mempunyai usrah..naqibah juga berkongsi masalah dan pendapat..bukan pasal ilmu agama tapi berkongsi tentang kehidupan seharian..Menangis bersama..makan bersama..happy bersama..gelak bersama..Ia adalah sebuah hubungan yang menerapkan Islam sebagai kehidupan..Cubalah..Bagi saya orang yang tidak mahu cuba mendekati usrah adalah tipikal.. Kerana seseorang yang berfikiran terbuka adalah orang yang menerapkan Islam dalam kehidupan..

Ini adalah pendapat saya..Tidak menyalahkan sesiapa..Tapi hanya ingin meluah apa yang membuku di hati..Andai khilaf tolong tegurkan..Luahan ini tanda saya sangat menyayangi diri saya dan saudara Islam saya..Teringat saya bagaimana Rasulullah seboleh-bolehnya memimpin umat-umatnya ketika melintas titian sirat..Saya cinta akan Rasulullah..Saya ingin membantu rasulullah..Saya cintai Allah..Maka ini bentuk pertolongan yang mampu hamba lemah ini sumbangkan..Menyayangi hamba-hamba-Nya..

Wallahualam...



No comments:

Post a Comment