Sunday, September 4, 2011

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t

Masuk hari ini sudah dua hari aku beraya ke rumah kawan-kawan masa sekolah. Oleh kerana Ayna, Rita, Marma dan Fiza tidak bersama, jadi aku dan Along sahaja yang sakan beraya. Namun kemeriahan ditambah lagi dengan Ain kawan di tingkatan enam serta adik-adik kitorang iaitu Ika 1, Ika 2 dan juga Ija..Semalam kami beraya sampai malam. Selesai beraya kami singgah melepak isi perut di McDonald. Smpai rumah hampir pukul 4.00 pagi.. Hari ni kami beraya sampai pukul 12.00 am sahaja..

Hari pertama beraya, kami bercerita tentang kawan-kawan lama pada adik-adik. Aku dan Along boleh pula teringat tentang Hasbullah yang kami panggil panjang dan Taufiq yang kami gelar Topek..Dulu kami pernah merempit bersama..Walaupun baru kenal ketika itu tapi Has dan Topek memang baik hati tolong kami. Terutama Has. Dia banyak tolong Along ketika kami sibuk menyiapkan majalah sekolah. Padahal kami bukan juga satu sekolah.. Disebabkan itu, kami memang bercadang nak beraya ke rumah Hasbullah dan Taufiq..

Hari kedua beraya, kami pun terus menuju ke rumah-rumah yang memang tak dirancang nak di ziarah memandangkan ramai kawan kami yang sudah kembali ke kampus masing-masing. Rumah Seha jadi serbuan pertama. Huhu..Sebenarnya nak ke rumah Daus tapi dia cakap pukul 5 petang nanti baru boleh beraya..Kami berada di rumah Seha lebih kurang pada jam 3.30 petang..Biasalah kan bila girls dah bertemu..Pot pet pot pet..Tapi tak ,mengumpat yerrr.. Tiba-tiba Daus call nak bertanya samada kami jadi nak ke rumah dia..Mulanya kami rasa malas dah nak pergi memandangkan dah Asar.. Tapi Daus tiba-tiba bagi phone dia dekat Afiq. Afiq merupakan rakan sekolah Hasbullah..Seangkatan merempit dengan kami..hehe..

Kami agak gembira bila tahu Afiq ada di rumah Daus.Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Tapi tanpa aku sangka, kegembiraan itu bertukar duka apabila Afiq maklumkan berita sedih tersebut..

" Balqisy, aku nak bagitahu nih, Panjang dah arwah."
" Panjang mana?"
" Panjang, Hasbullah..Kau ingat tak.."
" Wei, jangan main-main Afiq.Arwah betul ke olok-olok?" geram aku..
" Arwah betullah"
" Afiq, tunggu sana. Kitorang gi umah Daus sekarang juga. Nak dengar betul-betul cerita."

Aku tak tahu nak zahirkan perasaan aku masa itu..Kalimah Innalillahiwainnailaihirojjiun hanya tersekat di kerongkong. Aku masih tak percaya. Jadi, tanpa berlengah kami gerak ke rumah Daus. Ya Allah, memang benar berita itu. Afiq ada tunjukkan gambar ketika Has berada di hospital..Rupa-rupanya arwah pada mulanya disyaki demam denggi, tapi bila di periksa, buah pinggang arwah telah rosak.. Ketika doktor hendak cuci buah pinggang itu baru terperasan bahawa kedua-duanya telah rosak termasuk organ-organ lain.. Menurut Afiq arwah terkena jangkitan kencing tikus..Aku dan Along agak terkilan kerana tiada sesiapa memaklumkan kepada kami.. Tapi kami lebih terkilan kerana tak sempat memohon maaf dari arwah..

Dimaklumkan bahawa arwah pergi pada Ramadhan ke-3.. Ya Allah besar sunnguh rahmat-Mu. Siapa yang tidak ingin mati ketika Ramadhan. Lihatlah dalam usia yang masih muda ini Allah mampu mencabut nyawa hambanya..Ya Allah janganlah kau cabut nyawaku selagi taubatku tidak diterima, sebelum aku mengucap kalimah Lailahaillallah dan tulislah namaku disyurgamu..Amin..Has aku doakan semoga rohmu ditempatkan disamping orang-orang bertaqwa..Amin.. Kirimkan salamku kepada Rasulullah, sahabat-sahabat beliau serta pengikut beliau..Kirimkan juga salamku kepada arwah adik dan abangku.. InsyaAllah kita akan berjumpa di jannah Allah suatu waktu nanti..Amin..

Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment