Wednesday, August 31, 2011

HATI SAYA DUKA

Banyak yang terpendam hendak di luah
Saya ingin semua tahu rasa apa dalam hati ini
Saya ingin semua selami apa yang saya rasa
Bercampur
Tapi tatkala hendak meluahkannya
Pasti tersekat di kerongkong
Kalau di luah matilah ibu
Kalau di telan matilah ayah
Boleh sahaja saya hamburkan segalanya
Tapi itulah tanda saya pentingkan diri sendiri
Apabila memilih untuk fikirkan tentang orang lain
Saya yang ditusuk sembilu
Lalu melalui puisi ini saya suratkan apa yang terbuku
Lantaran saya memilih jalan tengah
Agar diri tidak duka dan orang lain tidak terasa
Saya coretkan segalanya dalam sisipan tersirat

Ya Allah
Saya sangat bersyukur kerana diri ini masih tidak melupakan-Mu
Kau lindungi diri hamba hina ini
Alhamdulillah
Hari ini saya ingin juga menulis sesuatu
Tangan terasa digerakkan
Saya sangat teringin berjumpa dengan Rasulullah s.a.w
Tapi terasa sangat sangat sangat tidak layak
Kerana itu saya hanya mampu mengungkap aku rindu kekasih Allah
Saya ingin menyerap segala ketabahannya mengharungi ujian Allah
Ketenangan baginda
Saya ingin dirindui seperti Muhammad
Disenangi oleh manusia
Bukan semua orang tapi cukuplah darah daging sendiri
Cemburu juga kadangkala
Allah kasih akan Muhammad
Umat rindukan Muhammad
Disayangi datuknya
Walau diancam pelbagai kedengkian
Kekasih Allah sentiasa bertambah kukuh semangat
Apatah lagi imannya
Tidak mampu dipertikai
Lantaran padunya sokongan

Namun aku insan biasa
Hamba Allah yang hanya mampu berusaha mengejar redha-Nya
Mengapa orang seperti tidak tahu
Bahawa saya punyai perasaan itu
Saya juga ingin dipeluk dibahu penuh kasih
Bersiar-siar penuh ceria
Tidak sudah saya kebalkan hati agar tidak duka
Sampai tawar segala rasa
Saya mungkin pernah buat silap
Itu kata-kata yang sehingga hari ini membuat hati ini kembali teduh setelah luka
Mungkin saya tiada harta untuk berbakti
Tapi saya ada kasih yang saya tunjuk dari perlakuan
Masih kaburkah
Mungkinkah saya yang tak nampak mereka tahu
Hendak sahaja saya beritahu pada semua
Siapa yang menyakiti hati
Tapi saya tahu itu hanya memburukkan mereka
Lalu Allah menjadi tempat mengadu
Sangat tenang bila saya melepaskannya di hadapan Allah
Dari saat ke saat saya menunggu mereka sedar akan hati saya
Malah hingga kini kian jauh mereka dari saya
Saya takut kalau itu petanda saya tidak diredhai Allah
Cemburu lagi saya lihat kepayahan orang itu
Menyiapkan hidangan untuk insan tersayang
Hairan kenapa tidak begitu lakunya kepada saya
Itukah tanda saya bukan yang disayang

Alhamdulillah tersurat jua apa yang terpendam
Mungkin sukar untuk dimengerti
Tapi saya ingin semua tahu bahawa Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya
Sabar dan teruslah bersabar
Hingga suatu waktu sabar menjadi sebati di hati
Saya tidak berseni dalam coretan
Hanya mengikut gerak jari
Namun ini sangat ikhlas lahir dari sudut yang paling dalam dari hati
Perasaan yang ingin dituju kepada mereka itu
Orang yang saya kasih
Ada harapan di kalbu saya
Mungkin lambat sedikit mereka mahu sedar
Bahawa mereka sangat sayangkan saya
Saya juga berharap
Supaya mereka tidak terlambat
Selagi ada masa Allah berikan

Ya Allah bahagiakan hati insan kesayanganku
Bukakan pintu hati mereka yang menyakiti
Ubahkan menjadi kasih dan saying
Kelak insan yang dilukai terus sembuh
Sesungguhnya saya ingin damai dan satu..
Amin.

Balqisy ,Syawal 3, 1 September 2011

Monday, August 15, 2011

TARAWIKH

Assalamualaikum..

Malam semalam ialah tarawikh kita yang ke-16..
Hari tersebut adalah hari yang agak mencabar fikiran Qisy dan sahabat-sahabat. Qisy, Dina dan Syera tersedar yang kami terpaksa mengambil keputusan berat samada menghadiri kelas ataupun ke surau untuk solat Isya' berjemaah. Sebenarnya, pada awal waktu lagi kami sudah berpesan pada wakil kelas kami untuk negotiate dengan lecturer Mandarin tentang waktu kelas malam itu. Beliau berbangsa Cina. Miss nak buat kelas pukul 8.00 malam. Bayangkanlah pukul 8 itulah baru siap makan. Waktu berbuka ialah 7.32pm. Lepas makan dah tentu nak solat Maghrib. Memang terkocoh-kocoh lah..
Kami tidak pasti samada wakil kelas ada berjumpa Miss. Jadi kelas tetaplah diadakan. Kelas malam pada malam itu sebenarnya untuk test reading. So memang lah wajib pergi. Dalam keadaan yang sangat tidak seronok itu, terpaksa kami membuat keputusan dengan berat hatinya. Berkumandanglah suara Pak Imam berjemaah.
Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya hati ni. Sudahlah diri nih kerap kesuntukan waktu nak beribadah pada waktu siang. Malam itu diragut pulak waktu yang memang teramat singkat untuk beribadah..Terkian sangat-sangat. Memanglah boleh kalau nak solat sendiri je dekat bilik, tapi suasana ibadah itu lain bila kita berjemaah, terutama di surau atau masjid..
Itulah sedikit luahan hati untuk hari nih..

Bila sebut pasal terawikh nih, Qisy ada nak share sedikit tazkirah dari seorang sahabat ketika kami berjemaah selepas kelas malam tersebut:

Seperti yang ramai InsyaAllah tahu bahawa dalam bulan Ramadhan ni kita ada 3 fasa. Rahmat, pengampunan dan juga pembebasan dari api neraka. Benda amat tersirat dan terpaksa kita ungkai sendiri barulah dapat kita nampak kesannya fasa tersebut. Kita ambil contoh paling nyata iaitu solat sunat terawikh. Pada fasa pertama iaitu 10 hari pertama dalam bulan Ramadhan, kita boleh nampak berduyun-duyun manusia yang bersama-sama berjemaah. Sebenarnya jika dilihat daripada hikmah tersirat, Allah membrikan rahmatnya pada fasa ini kepada ramai hamba-hambanya. Namun apabila masuk ke fasa kedua iaitu 10 hari berikutnya, jemaah semakin kurang. Saf semakin sedikit. Di sini kita boleh lihat bahawa Allah memlih hamba-hamba yang diigini untuk Dia beri peluang memohon keampunan. Kaki dan hati mereka diringankan untuk bersama berjemaah. Begitu juga hari-hari terakhir Ramadhan di mana terletaknya fasa ke-3. Semakin berkurang jumlah yang sepenuh hati ingin berjemaah. Hanya Allah mengetahui siapa hambanya yang layak diberi nikmat2 tersebut..

Jadi dekat sini Qisy harap sangat diri ini menjadi antara yang terpilih untuk merasai hadiah dari Allah tersebut. Walaupun mungkin kita tiada masa hendak berjemaah di surau atau masjid atau pun di rumah, cukuplah istiqamah melaksanakan ibadah walaupun seringan-ringannya dalam bulan Ramadhan ini. Ikhlaskan hati untuk memohon pada Allah agar diri sentiasa Istiqamah. Anda terkhilaf tolong tegurkan. Sharing is caring.Caring is loving. Loving is for the sake of Allah to Jannah Allah...InsyaAllah..

Allahualam.Maafkan andai susunan kata hamba tidak puitis.. Wassalam..

Wif luv
SBR

Sunday, August 14, 2011

BEDAH BUKU

Assalamualaikum..Apa khabar wahai iman..

Lama sudah tidak menge'post kat blog nih. Sebenarnya banyak yang ingin di kongsi tetapi tidak terluah lantaran komitmen yang semakin menggunung. Pelbagai perkara suka dan duka yang menimpa diri sepanjang beberapa waktu ni. Ujian yang semakin membuatkan diri ini mampan. Celoteh kali ini mungkin hanya beberapa kerat sahaja kerana Qisy pun sekarang tengah sambil-sambil siapkan assignment. Sebenarnya dalam post kali nih, Qisy nak bedah buku sedikit. Sehari sebelum hari ini, Qisy baru usai membaca sebuah novel hasil karya Faisal Tehrani. Judul novel ini ialah Tunggu Teduh Dahulu. Bagi Qisy kandungan buku ni memang agak mantap bagi sesiapa terutama wanita yang membacanya. Penuh dengan liku seorang muslimah yang kukuh aqidahnya. Setiap permasalahan yang melanda dijawab berdasarkan teras Islam.

Watak utama iaitu Salsabila Fahim sangat memberikan impak yang dahsyat untuk seorang muslimah. Andai wujud wanita seperti ini di unia ini, Qisy boleh katakan 99% beliau boleh dijadikan contoh teladan untuk muslimah yang sepadu ukhrawinya dengan duniawinya.

Apa pun, ini hanyalah pendapat Qisy selepas membaca buku tersebut. Setiap orang berbeza pendapat. Tapi Qisy galakkan para novelis untuk berkarya dengan cara begini. Padat berinformasi dan juga indah susunan plotnya.

Sekian dahulu. Allahualam.Andai terkhilaf tolong tegurkan..

Wif luv
SBR