Monday, December 13, 2010

SERBA TIADA KENA

Kaki tidak terjejak tika ini

Celaru haru benakku

Tiada menjadi segala dicuba

Kabur arah mana

Kilau cerlang dicari tetap malap gelap terketap langkah

Disentuh hati ada duka

Dilihat bibir lebar suka ke cuping telinga

Marah bukan ku rasa rindu bukan ku hidu

Segala suara dengarnya tidak menentu buntu

Pilu sanubari tercari punca mengapa

Lafaz terkelu terkatup mulut

Rindu ingin meluah segala kepada tercinta namun tiada

Bicara resah terpantul ke diri kembali

Perdu keliru bercambah

Mana pergi rohaniku mengapa beku jumud……

Thursday, November 25, 2010

Pertama Kali

Assalamualaikum wahai pembaca..

Hari ni adalah hari kelahiran aku.Hari di mana umi terpaksa bertarung nyawa demi mengeluarkan satu nyawa lagi iaitu aku..Pengorbanan yang terbesar yang memang aku tak tahu apa yang aku boleh buat atau beri untuknya. Mungkin aku dapat juga balas jasa.Tapi tak cukup dan terlalu sikit nilainya untuk dibandingkan dengan pengorbanan umi..Dan sehingga hari ini cukuplah 21 tahun aku berhutang dengan umi. Hutang nyawa,duit,budi dan macam2 lagi..Cemburu juga dengan umi sebab dia dah pernah berkorban dengan seikhlas jiwa.Entah sempat atau tak agaknya aku nak merasa semua tu..

Dan kini aku semakin faham mengapa aku perlu patuh kepada ibu..Menghormatinya sepenuh hati. Walaupun hanya perkataan "uh" yang kita keluarkan pada ibu sudah cukup membuatkan ibu terasa. Aku sangat faham kerana setiap insan ingin dihargai dan dibalasi dengan sesuatu yang menggembirakan setelah separuh mati berkorban untuk orang lain..Namun sudah ditakdirkan bahawa mereka memang insan mulia.Mereka tak mahu mengungkit atau meminta untuk diingati atau dibalasi..Benar,memang aku kian faham..Ucapan Alhamdulillah kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang ibu yang telah membentuk aku dengan jalan keimanan. Walaupun taqwaku tidak setinggi para anbiya',namun aku sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslimah..Terima kasih umi kerana sanggup menumpangkan perutmu untuk aku menjengah unia yang indah ini..Huhu...Jiwang pulak...Sayang umi..




Hmm..Lyana(ude),Dina dan Syera!!!!!Memang ea korang...
Anyway, ini adalah pertama kalinya aku merasa tarikh ulangtahunku pada musim belajar...Sepanjang 21 tahun hidup kat dunia nih,aku tak pernah dapat jumpa tarikh lahir aku pada hari sekolah pon..Dan inilah pertama kalinya aku di sambut dengan "meriahnya" oleh kawan2..Waaah....Tak sukenya...Tapi suke jugak sebab ada orang ingat tarikh lahir kta...Rasa jugak la diingati..

Hmmm..Meh sini aku nak cerita macam mana budak 3 orang nih menyambut birthday aku dengan "meriahnya"...Haha..Selepas kitorang balik jer dari keje(buat air kat cafe kolej), kitorang terus rehat2...Masa tuh dah pukul 11.30..Kitorang semua letih giler..Belom solat Isya' lagi... Ish..Tapi letih lah pulak harituh..Adalah beberapa orang sahabat2ku call aku untuk wish besday.. Termasuk lah si Syera,Dina n Ude nih...Diorang pon wish jugak..So,aku pun memang happy la kan...huhu..terkembang kempis rasa hidung nih..Dah agak lama melepak,aku pun ajak Dina n Syera mandi..Tapi diorang kata tak nak mandi..Jadi,aku pun gerak lah sorang-sorang...Tapi naluri aku macam dapat rasa yang diorang nak buat sesuatu..Mungkin aku terlebih berharap kot..huhu...Yelahkan tak pernah ada pengalaman sambut besday kat asrama or sekolah..

Tengah-tengah aku mandi,aku dengar Dina masuk toilet...Dia kata dia nak mandi..Aku memang belum dapat kesan apa2 masa nih..Sebab Dina memang selalu mandi malam..Mandilah mandi dengan seronoknya..Oleh kerana diorang tak buat apa2,aku macam biasa pergilah buat naya kat Dina...Aku baling air kat dia...huhu..Saja menyakat..Memang aku selalu buat kat Syera and Ude.. Tak lama kemudian aku dengar suara Syera n Ude masuk toilet..Masih lagi tak dapat kesan apa2..Sampailah satu tahap,tiba2 Ude tanya Dina and aku toilet nombor berapa. Hmmm... Jeng jeng jeng...Dah dapat rasa yer disitu ada sesuatu yer...Kehkehkeh...Aku teruskan mandi tanpa memperdulikan diorang..

Tapi aku masih lagi nak dengki diorang.So,aku masukkan air dalam plastik yang ada dalam bakul mandi aku..Aku ingat nak baling kat Dina...Tapi bila aku panggil2 sorang pun tak jawab...Haik? Senyap tiba2?Huhu...Geli hati aku...Dah dapat agak dah...Pelepushhhh!!!!Diorang simbah air campur clorox kat aku...Tak kena sangat tapi tetap terkena..Busuk!Beberapa das baldi air diorang tembak kat aku...Tapi banyak yang tersasar..Fuhh selamat...Oleh kerana dah busuk aku teruskan mandi..Aku mintak diorang ambilkan syampu tapi suara mereka hilang sekali lagi...Hmmm...apa lagi lah tu...Aku tetap teruskan mandi sehinggalah beberapa minit kemudian aku siap mandi..Oleh kerana aku memang dah dapat rasa sesuatu, aku bukak daun pintu tu perlahan-lahan..Taraaa!!! Aku nampak Syera dekat toilet depan toilet aku...Hihi..Kantoi...Dia terkesima nampak aku...Dan akibat dari itu dia terlambat memancitkan air ke arah aku...hahaha..Aku terselamat..kehekeh...toilet seterusnya ada Ude,dia pon sama terpakai selipar licin,oleh itu terlambat bertindak...Apatah lagi Dina...Aku terkena cebisan jer...Ude tak puas hati jadi dia kejar aku sampailah luar toilet..Oleh kerana aku dalam tangan yang penuh memgang bakul dan baju,aku tak dapat nak lari dari terkena simbahan Ude..Hihi..

Okeh aku tewas...Huhu..Tak pe..Aku tak marah..Bahagia lagi ada..Bila aku balik dari toilet lepas dah mandi kali kedua,aku tengok tilam n bantal dah basah.Amboi2 kureng asam punya kawan...Hmmm tekpelah...Aiman tak kisah..

Jadi begitulah kali pertama aku menyambut ulangtahun tidak dengan family dan bagiku tarikh ini amatlah penting bagiku..Thank umi...huhu...

Wassalam...

Thursday, November 18, 2010

CORET-CORET


Salam..

Bahagia rasa bulan nih..Dapat balik dua kali ke rumah tercinta. Walaupun sekarang tengah get ready untuk final...Tapi raya tetap raya!!!huhu..Selamat Aidiladha..Banyak kali jugak berfikir nak balik or taknak..Berkat pujukan, baliklah daku ke rumah yang belum lagi dicintai... Bila teringat nak balik dah ke asrama 22hb nih teringat pula dekat budak-budak PIP July-Dec 2010.. Diorang batch pertama yg aku pernah lead dlm asrama. Memang payah tapi aku lega sebab diorang boleh lagi dilenturkan...InsyaAllah dan Alhamdulillah..Belum ada lagi lah antara budak2 tuh yang tanam periuk api kat bilik a
ku yang cun tu..At least se"noti-noti" diorang tetap menghormati aku as ketua aras diorang..


Hmm.Aku dah bagitau umi yang aku keje jual air kat cafe kolej..Huhu..Memang gelabah beb masa first day keje..Tapi dengan bekerja tu lah aku dpt menghargai masa.Ongkos pon masyuk.. Memang berbaloi. Betul tau,dengan jual air nih dpat aku meningkatkan soft-skill dan juga sillaturrahim antara aku dan ramai manusia..Selain tu,menguji kesabaran bila ada yang datang nak ngadu "Air ni manis sangat lah" , "Air ni kelat,sape buat?", "Teh ais nih cair" dan macam-macam lagi...Aku just terima komen2 tuh dengan lubang idong terbukak luas menarik nafas..."Saabaaaarrr...Takde masalah...Sikit punya hal Balqisy..."..

Keje-keje jugak..Orang ramai yang pelik tengok aku,syera,ude n dina keje..Takde EUT kerrr?? Oh oh oh semestinya ada kawan2..Lecturer2...Puan2 n Tuan2...Keputusan untuk bekerja nih diambil atas desakan kitorang risau kitorang tak dapat minum nanti kalo Ida,Cuya,Nad n Wani tak bukak gerai air tuh..Dengar jer berita yang diorang nak ambik cuti bersalin,eh,cuti nak final exam,kitorang terus tergerak menjadi penyelamat kepada beribu tekak orang termasuk tekak sendiri...Walhal boleh jer wat air sendiri..Entahlah..huhu..No komen lagi..


So aku mesti wat betul2 untuk EUT nanti supaya aku sendiri tak menyesal dengan keputusan ajaib aku tuh..Masa aku tulis post nih,aku masih lagi mempunyai 3 paper yang belum dijawab..HTML,BIS dan juga English..Sebenarnya malas nak study tapi aku fikirkan keberkatan elaun yang aku dapat tuh,aku memang tak boleh duk diam..Kang sape nak jawab kat akhirat kalo Allah tanya..Takut aku..Duit family lagi...Waduh2 tak sanggup ler..Maka, nak tak nak aku mesti study dan aku akan sematkannya kerana Allah SWT.

Lastly,aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,kepada para penjawab final exam, semoga result kalian mumtaz,kepada adik2,ika semoga tak lah mati enjin lagi yer nanti and ija toksah sibuk nak keje..Tgk wayang pun tak lepas..hihi...Okeh sekian coret-coret dari ana..
Assalamualaikum...

Saturday, October 23, 2010

PERINGATAN DARI ALLAH



Salam..

Hari penuh bersejarah, 21 hb Oktober 2010..
Baru sikit jer nih Allah jentik hamba-hambanya yang dah alpa dari ingatkan Dia..
Antara orang yang terngadah masa tuh ialah aku. Astaghfirullah
alazim..Ya Allah ampunkan dosaku..Kejadian yang menimpa asrama kami nih sebenarnya ada hikmahnya. Dulu pernah aku diuji perkara yang sama di tempat yang sama dan tahun yang sama.
Padan muka aku..Allah bagi peringatan dalam al-Quran baik2 tapi aku lalai.. Sekarang Allah bg aku peringatan yang memang aku ingat sangat2..
Masa nih lah baru semua huru hara carik Al-Quran.. Nak baca yassin ,nak berzikir..
Dengan menggigil2 aku mintak pertolongan dari Allah.. Bodoh!

Aku berharap kejadian nih akan membuatkan aku istiqamah dalam mengingati dan mencintai Allah..Aku yakin tiada kuasa lagi pon yang dapat menandingi kuasa Allah yang maha hebatnya..

Aku yakin peringatan ini adalah tanda cintanya Allah pada aku.. Dia tak nak aku terus terlalai dan terbuai dengan dunia..Aku memang rasa sangat lemah bila diuji begini..sangat lemah.. Aku pon kadang2 rasa hampir putus asa nak hidup..Macam-macam persoalan kat benak nih timbul..
Tapi bila aku ingat balik ini adalah peringatan dari Allah, aku sedar yang ada hikmah disebaiknya..Aku cuba motivate diri aku yang memang dah
sangat-sangat lemah ketika ini..

Hingga semalam aku baca sebuah artikel dari i luv islam.com, keyakinan diri aku kian bertambah.. Aku nak semua orang yang macam aku tingkatkan semula semangat diorang. waaupun sikit, tapi yang penting meningkat..Aku berpegang pada kata naqibah usrah aku, Kak Sarah, iman biar jatuh sikit tapi lepastuh bertambah banyak..Biar graf iman tuh turun sikit tapi membukit tinggi setelah turun...Macam tuhlah semangatku kini.. Aku akan jaga graf tuh agar terus meniggi dan meninggi..Aku pun nak semua saudara Islam ku sentiasa berada dalam peningkatan..


Soalan-soalan di bawah ni aku petik dari artikel yang dibaca...Soalan-soalan nih memang pernah aku persoalkan dalam diri..Betapa agungnya Allah S.W.T dia dah jawab lama dah soalan tuh dalam al-Quran..Cuma aku sebagai hamba yang tak nak mencari jawapan dari Maha Pengasih...

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangk
an mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

Qisy harap semua yang baca post nih cepat-cepatlah sedarkan diri..Okeh..

Wassalam..

Sunday, October 10, 2010

HATI AKU DAH TENANG

Assalamualaikum..

Lama betul nih tak update blog nih..Sebenarnya banyak sangat2 nak share..Tapi kurang ada masa lah untuk melayan internet..

Hari ni Qisy terbaca beberapa hadis dan nak share tentang apa yang Qisy faham pasal hadis nih.. Qisy tergerak nak share pun sebab semua hadis nih banyak menjawab persoalan hati Qisy tentang beberapa perkara yang jadi selama hidup kat dunia nih..

Okeh dimulakan dengan hadis pertama:

Jangan pentingkan diri sendiri.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
(Muslim)


Qisy rasa bersalah pada kawan2 sebab paksa diorang untuk masuk pantun..Sebenarnya Qisy lupa nak tanya diorang setuju atau tak untuk masuk pantun..Main masukkkan nama jer.. Qisy macam ingat semua orang suka apa yang Qisy suka..Terlupa plak..Dah tuh baru dapat tau yang diorang langsung tak nak..So, sekarang Qisy cuba tak nak paksa diorang..Qisy akan usaha untuk buat sendiri..Sebenarnya seronok kalau dapat gi ramai-ramai..Tapi kena ingat tak semua hati orang sama..

Okeh yang kedua:

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim


Kat sini plak Qisy nak share pasal sikap diri nih yang senang jer nak benci tgk orang yang suka sgt wat salah.. Sakit hati bila tengok orang buat salah tapi tak nak cuba memperbetulkan kesilapan yang dia buat,..Malah ada yang langsung tak nak usaha untuk baiki diri walaupun dah di tegur banyak kali.. Qisy tak suka menjahati orang..Kalau boleh nak syg semua org tanpa ada perasaan marah atau benci..Bila baca hadis nih,rasa lega sikit hati..Maknanya tak kisah lah kalo Qisy dah buat baik tapi orang balas buruk.. Sebab backup Qisy lagi kuat dari apapun kat dunia nih..Allah S.W.T.. cakap sapa berani kaco Qisy!!huhu..


Okehlah..Oleh kerana da kesuntukan masa.. Dina pon dah ajak naik bilik,so Qisy stop kat sini..
Kepada semua yang baca apa Qisy tulis, Qisy harap korang terimalah setiap nasihat dan teguran dengan hati yang terbuka.. Lagi satu jangan lah benci manusia sewenang-wenangnya. Jadilah orang yang bersabar..Oh ye kpd orang yang selalu kena tegur,korang kena bersyukur sebab Allah masih sayang korang.Sebab tu dia hantar orang untuk selamatkan korang.. Jangan nanti satu hari langsung takde orang pedulikan diri korang,barulah rasa camne pengangan kalau cinta Allah dah takde..

OKEH WASSALAM.

Saturday, August 14, 2010

Yakin dengan Allah!

Salam..

Dah lama tak update blog..Huhu..Naik sem 3 nih memang bz giler..Minggu first gitu da sibuk dengan Kejohanan Ragbi..Wow!Ragbi gitu..Walhal jadi ahli sukarelawan jer..kihkihkih..Kolej Qisy jadi tuan rumah..pastu minggu depannya gi kem Remaja Hebat Gaya Hidup Sihat dekat KM Kulim..Bes tapi kolej kitorang tak menang besar..Menang kecik..Dan baru-baru nih gi KPM Bandar Penawar untuk program Kemerdekaan...Pun takda menang apa2 pon.Huhuhu..

Tapi disebalik ke'bz'an nih ada terselit satu pengajaran yang nak dikongsi ngan sumer yg baca.. Actually banyak2 aktiviti nih,ada sorang roomate kitorang tak dpt gi..Punyalah risau sebab nanti dia tinggal sorang..Nama dia Syahirah..Kitorang duk 4 orang satu bilik. Qisy,Ude and Dina da memang lama gi aktiviti bersama..Syera jer yang baru nak join kitorang..Gi latihan pun fikir camne ngan Syera nih..Memang kitorang risau bebenor..


Tapi kuasa Allah memang tak boleh nak dipertikaikan..Doa punya doa Alhamdulillah Syera dapat join semua aktiviti yang kitorang pegi nih..Memang pelik sebenarnya..Kat sini Qisy nak bagitau kat korang,masa doa tuh memang Qisy pasrah giler...Ude and Dina da risau..Qisy memang muka mcm tak risau..Tapi sebenarnya Qisy dah letak keyakinan yang tinggi dalam hati yang Allah pasti makbulkan doa andai apa yang diminta tu yang terbaik untuk kita..Yakin!

Hmm...Rasanya ini jer yang Qisy nak share dulu..Nih pinjam laptop orang nih..So nak lama2 pun segan..Okeh cau dulu..hehe
Assalamualaikum!

Monday, June 14, 2010

Wahai Hawa Sahabatku Sekalian..

Assalamualaikum..

Hari ini Qisy tersentap seketika selepas terbaca blog seseorang tentang ajal kita. Bila-bila masa sahaja ajal akan datang melamar kita. Aku tertinggal sesuatu yang belum sempat aku selesaikan..Sahabat-sahabatku kaum Hawa.Aku rasa bersalah.Mereka aku tinggalkan dalam keadaan yang masih lagi dibuai dunia.Dulu aku putus harapan,usaha yang aku buat rasa sia-sia. Letih aku nasihatkan jaga aurat,jaga iman.Kini dah semakin ramai sahabt2ku hanyut dalam alam yang dikaburkan dengan kemegahan,kecantikan,glamour dan macam lagi yang membawa mereka ke lorong neraka jahannam.Fikiran aku terbayang2 aku disaman di akhirat kelak kerana lari dari tanggungjawabku sebagai pejuang islam..Mungkin aku bukan kaum Adam yang punyai tenaga berjihad di medan perang,tapi aku juga mengidamkan syahid ketika berjuang fi sabilillah.
Ya,inilah antara satu jihad yang terdaya aku laksanakan.Selamatkan saudara-saudaraku..Sedih sebenarnya melihat iman dalam hatiku yang amat amat amat lemah.Aku hanya mampu berdoa bila lihat maksiat yang dilakukan terang-terangan.Salah diri sendiri yang tidak mantap, sehingga nasihat-nasihatku dipandang sinis. "Nak nasihat orang,tapi diri sendiri pun macam bagus sangat."..Suara aku langsung tidak diladeni..Aku bersuara dengan lantang tapi cepat dipintas oleh sesiapapun..Itulah kelemahan yang aku baiki dari hari ke hari..Tapi aku tidak putus usaha,pernah aku carik "pembesar suara" untuk menolong diriku.Namun,hampa mereka hanya dapat menyekat harapanku.Ketika itu aku pasrah dan berehat dari kelelahan sehingga hari ini baru aku bangun kembali..
Dengar atau tidak,aku sudah tidak endah..Aku hanya akan terus bertindak walaupun aku akan menjadi asing.Asing dari dunia yang sementara ini. Bayangan di mataku ingin aku penuhkan dengan suasana di dalam Al-Jannah Allah bersama keluarga,saudara2 seislam dan sahabat2 kesayanganku..Moga dapat bersama melintasi titian sirat dengan senyuman terukir di mata.. Sahabat sedarlah sayang,auratmu menjadi senjata syaitan untuk menyesatkan manusia. Jagalah.
Harapan tinggi ingin melihat kalian berubah.Mungkin aku bukan contoh terbaik untuk kalian,tapi cariklah yang terbaik dalam diri ini untuk kalian contohi.. Perit jiwa aku bila kita berjalan berpimpin tangan disekeliling ada sahaja mata kaum Adam yang terpana melihat keindahan ciptaan tuhan pada diri kalian yang sengaja ditayang penuh bangga. Caramu sudah aku ikuti untuk aku faham dunia kalian agar aku boleh membawa pula kalian ke dunia yang aku kenali dari Al-Quran dan sunnah.Aku harap sangat walau sedetik cuma ingin aku lihat kalian ikuti cara Islam.Cara seorang muslimah sejati.Dengar pada nasihatku.Walau sesaat. Percayalah kalian akan terasa betapa indah nikmatnya menjadi Islam beriman..Menjadi muslim bergaya dengan hati yang penuh iman,ber'make-up'kan wudu' dan dihiasi dengan peribadi Rasulullah SAW..
"Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan,
beraninya mengatasi pahlawan,
cinta bukan pada gambaran,
rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan…"
Ya Allah bantulah hambamu ini untuk megukuhkan tembok imannya agar dapat menjadi pendorong kepada yang lai. Jadikanlah aku asbab laluan hidayah-Mu kepada sahabat-sahabatku ..Tutuplah aurat kawan-kawan..
Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis-Copy daripada IluvIslam.com.

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
p/s:Korang,delete lah pic2 yang tidak menutup aurat di Facebook,Myspace dan yang seumpama dengannya.Andai ada kaum Adam yang memuji,itulah antara manusia yang telah disesatkan oleh syaitan dengan bersenjatakan engkau kawan. Tegur tanda sayang korang,marah kerana cintakan Islam..

Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang engkau lari daripadanya, maka
sesungguhnya, kematian itu akan menemui engkau.”
(al-Jumu’ah 62:8)

Friday, June 11, 2010

Emosi seorang pencinta Allah.

Assalamualaikum.


Hati adalah segumpal darah yang paling mudah untuk tersentuh..Pelbagai perasaan boleh dikeluarkan jika hati disentuh.Gembira,duka,kasih,benci,marah dan macam2 lagi.Tapi percayalah tiada sentuhan yang terbaik daripada sentuhan cinta dari Allah..Jika kita gembira ingatlah jangan terlalu bahagia sehingga riak dan takbur.Itulah antara ujian yang Allah beri..




Ujian dari Allah bukan sahaja ujian kesedihan,kekecewaan, tetapi kebahagiaan juga suatu ujian.Allah nak uji samada kita akan bersyukur dan ingat kepadanya..





Saya petik sedikit dari mesej yang diberi oleh sahabat ketika saya bersedih hati suatu waktu dahulu..


" Bila engkau memandang segalanya dari Allah,

yang mencipta segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sakit hatimu,

yang membuatkan keinginanmu terhalang,

serta menyusahkan hidupmu,

pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja

mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,

retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang DIA mahu

kerana DIA tahu hati yang sebeginilah lebih lunak dan mudah

untuk dekat dan akrab dengan-NYA."




Qisy harap sesiapa yang baca, sematkan dalam hati kehidupan sebenar kita diakhirat nanti.. Bukan dunia.Banyakkanlah berfikir tentang akhirat dan beramal untuk bersiap siaga ke akhirat kelak..Beremosilah hanya kerana Allah..Jangan biarkan emosi kita disebabkan hal dunia...Rugi.
Allahualam..

Wednesday, June 9, 2010

My Beloved Umi

Kali nih masih lg sesi intro..Qisy nk kenalkan umi Qisy..Namanya Rapidah..Orangnya memang lah garang tidak terhingga.Brutal beb.Tapi tgk cerita sedih meleleh juga..HuHU..Umi nih memang gelabah.Emosi terlebih sikit..Kihkih..Anak ke-3 daripada 6 orang beradik..Abang pertama umi Qisy panggil Pak Long namanya Johar,Pak Ngah namanya Haini,pastu ke-empat Cik Ana namanya Salhana,Cik Mud namanya Mahmud and Muksu namanya Hazlin..Yang banyak membantu Qisy Cik Ana and Muksu..Mak kepada umi Rapiah Qisy panggil Tok Mak.. Tokmak,Muksu,Cik Ana memang byk sgt2 berjasa.HuHU..xtau ler cne nak balas..Umi dah tiada suami..Faham2 je la..
Dari kiri: Umi,Cik Ana,Muksu,Qisy
Sekarang Qisy tinggal dengan TokMak and Muksu and Umar..Budak comel yang da macam adik sendiri.. Umi memang suka sangat dengan Umar sebab sama perangai macam arwah Iyas..Okehlah sampai sini sahaja..


Biodata Diriku

Assalamualaikum.Saya anak kepada Rapidah dan Razali..Dengan pilihan nama yang indah saya bergelar Siti Balqisy..Mempunyai 5 orang adik beradik..Saya anak sulung.Jika arwah abang saya Abu Bakar sempat melihat dunia,saya adalah anak kedua.Selepas saya adik perempuan yang diberi nama Siti Zulaikha.Sekarang berusia 19 tahun dan menuntut di UITM kampus Puncak Perdana.Seterusnya arwah adik lelaki,Muhammad Illyas.Kembali ke rahmatullah pada usia 7 tahun.Jika hidup,kini berusia 18 tahun..Siti Khadyja,adik perempuan dan merupakan anak bongsu. Kini berusia 15 tahun..Terlupa pula, saya masih lagi menuntut di Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar Perak.Sekarang usia saya 21 tahun dan berada di sem 2. Ambil Higher National Diploma in Business and Marketing..Latar belakang keluarga saya sederhana sahaja. Tapi kira miskin tegar..Sebab umi gaji tak tetap pun.huhu..Tapi bantuan makcik dan pakcik saudara yang dihulur menjadi naungan hidup sehingga kini..Okey setakat ni dulu..Nanti cerita pasal umi and ayah pulak..Wassalam..

Dari kiri: Saya,umi,ija,ika..